PERISTILAHAN
Ada
empat istilah yang pernah digunakan oleh sejarawan-sejarawan Islam untuk menghuraikan makna Tamadun yang telah
digunakan dalam penulisan tentang tamadun setakat ini.
Pertama :
Perkataan
“Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun, seorang pengkaji
tamadun yang pertama di dunia dalam bukunya yang terkenal al-Muqaddimah
lil-Kitab al-Ibar dalam kurun yang ke-14. Pada masa ini, ia lebih dikenali
dengan panggilan Muqaddimah Ibn Khaldun sahaja.
Perkataan
ini telah diterjemahkan oleh sarjana Barat, Prof. Franz Rosenthal sebagai
Urbanization yang bererti perbandaran dan tamadun dinyatakan sebagai
civilization yang bererti tamadun itu belum wujud di dalam perkamusan
orangBarat. Oleh kerana itu, pengarang kamus Dictionary of the English
Language, Dr.Samuel Johnson (1709-1784) telah enggan memasukkan perkataan ini
ke dalam kamusnya. Beliau suka menggunakan perkataan civility bagi makna
tersebut. Perkataan civilization ini hanya lahir di kalangan penulis-penulis
Barat pada kurun yang ke-19. Ini membawa kita kepada pengertian bahawa Barat
mengenali tamadun dengan konsepnya hanya pada kurun yang ke-19.
Kedua :
Perkataan
“Hadarah” juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan
Umran. Ini diakui oleh Prof. G.T. Vorn Grunebum dengan makncivilization.
Hadarah dalam bahasa Arab bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah,
daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. Daripada erti perkataan Hadarah ini
dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadun itu adalah berasal dari
bandar. Kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan ketamadunan
disebabkan di situ terdapat segala perkara dan kemudahan yang boleh menjadi
asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun.
Ketiga :
Dalam
kurun yang ke-20 timbul pula perkataan “Madaniyyah” sebagai perkataan yang
ketiga yang telah digunakan oleh dua orang penulis Islam dan mereka juga membayangkan
erti tamadun. Muhammad Firid Wajdi telah menggunakan perkataan ini dalam
bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899.
Manakala Syekh Muhammad Abduh pula menggunakan perkataan ini dalam bukunya
Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun 1901. Yang
menariknya, Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan ini dalam buku tafsir
al-Qurannya, Tafsir al-Manar. Bagaimanapun, kedua-dua penulis ini telah memberi
nafas baru dalam pendekatan terhadap kefahaman tentang tamadun di kalangan
masyarakat, terutamanya di kalangan ahli bahasa sendiri.
Keempat
:
Selepas
beberapa ketika, perkataan Madaniyyah telah mengambil tempat dalam bidang
penulisan dengan memberi erti yang sama dengan Tamadun maka lahirlah pula
kemudiannya perkataan “Tamadun” yang berakarkan perkataan Madaniyyah. Perkataan
Tamadun lebih cepat berkembang dan popular di kalangan masyarakat dengan
pengekalan konsep Madaniyyah yang berakarkan perkataan Madinah yang bererti
bandar dengan pengertian bahawa tamadun itu adalah kebudayaan bandar. Perkataan
ini telah digunakan oleh seorang penulis Arab, Jurji Zaidan dalam bukunya yang
berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization).
Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam memperkatakan tamadun
Islam dan sejarah perkembangannya, dan telah dialihbahasakan ke dalam
berbagai-bagai bahasa seperti Turki, Parsi dan Urdu selain bahasa Inggeris.
Buku ini juga telah dapat menonjolkan pengertian sebenar yang dibayangkan oleh
perkataan ketamadunan manusia seperti yang dikehendaki.
DEFINISI
TAMADUN ISLAM
Sebagaimana
yang telah diterangkan bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza
terhadap tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan pendapat tentang tamadun
apabila diikuti definisi yang telah dikemukakan oleh mereka dalam menerangkan
pengertian sebenar tamadun itu. Di sini dirangkaikan beberapa definisi yang
pernah diberikan oleh beberapa orang penulis daripada kalangan orang Islam dan
juga orang Barat
1. Penulis Barat, Clive Bell telah
mendefinisikan tamadun seperti berikut:
"Tamadun merupakan suatu ciri
masyarakat yang membezakan sebuah
masyarakat maju dengan masyarakat
mundur adalah tamadunnya."
2. Robert Haini mengatakan, "Tamadun
adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Tamadun merupakan kemuncak
kebudayaan sesebuah masyarakat dan juga merupakan pencapaian kejayaan manusia
yang mengangkat dirinya ke atas seperti sebuah gunung di pertengahan bukit bukit
dan dataran."
3. Manakala Riberio, seorang anthropologis
menegaskan, "Tamadun sebagai cantuman susunan dan proses tamadun
individu." Riberio menekankan beberapa proses dalam menuju tamadun.
Baginya yang penting sekali ialah revolusi bandar. Katanya, "Bandar-bandar
rnemancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan material dan
spiritual mereka."
4. Bagi Arnold J. Toynbee, tamadun dikatakan
jenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar. Ini memberikan kesimpulan bahawa
tamadun itu adalah merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang
tinggal di bandar-bandar. Ini sangat menepati dengan perkataan Madinah yang
menjadi akar kepada tamadun.
5. Manakala daripada kalangan sarjana Islam pula,
didapati definisi yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun mengatakan, "Kalimah
Tamadun memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap usaha untuk
mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan dalam
berbagai-bagai sektor".
6. Dr. Muhammad Baki pula mendefinisikan,
"Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus
daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Ia
dimaksudkan juga dengan falsafah, ilmu pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan,
akhlak, dan perkara-perkara lain yang menerima peningkatan dan pembangunan."
7. Seorang ilmuwan tempatan, Syed
Muhammad Naqiub al-Attas pula mengatakan, "Tamadun bermaksud keadaan
kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya."
8. Abu Bakar Hamzah pula mengatakan dalam bukunya
Sejarah Kebudayaan Islam. "Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama
dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang lahir daripadanya,
sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala
(material)."
9. Definisi-defimsi tersebut telah
disimpulkan oleh M.AJ. Beg; "Maksud tamadun sebagai suatu rangkaian
terdiri daripada fenomena masyarakat manusia seperti bandar, huruf, senibina,
agama, undang-undang dan rangka dasar politik."
KONSEP
TAMADUN ISLAM
Walaupun
tidak didapati definisi yang khusus tentang Tamadun Islam yang pernah
dikemukakan oleh penulis-penulis, sama ada Ibn Khaldun dan yang lain tetapi dapat
juga difahami apa yang dikatakan Tamadun Islam itu daripada kandungan dan
huraian yang telah diberi oleh ilmuwan dalam penulisan mereka. Mereka
menyatakan bahawa Tamadun merupakan segala yang dihasilkan oleh fikiran orang
Islam menurut wataknya dan panduan agama Islam sendiri, dan ini termasuklah
juga segala alat, perkakas dan sebagainya, yang pernah mereka hasil dan gunakan
sejak dahulu hingga sekarang. Selain daripada bangsa Arab yang telah mengembangkan
Tamadun Islam itu, bangsa Sepanyol, Parsi, Turki, India dan bangsa yang lain
yang berada di dalam pemerintahan Islam turut sama memberi sumbangan penting
dalam pembinaan Tamadun Islam.
Disamping
itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun
yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifat ini dapat dibuktikan
daripada hasil-hasil pencapaian Tamadun Islam itu sendiri di dalam berbagai-bagai
bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga
senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir
daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu
al-Quran dan al-Hadis yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran yang
mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru,melambangkan
keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap
kehidupan manusia keseluruhannva.
HUBUNGAN
TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN
Apabila
membincangkan tentang tamadun bererti tidak dapat dipisahkan daripadamembicarakan
tentang kebudayaan, kerana kebudayaan dan tamadun merupakan dua konsep yang
mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu dengan yang lain. Perkaitan di
antara kedua-duanya pula merupakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan
tamadun hidup manusia, sementara tamadun adalah merupakan pecahan daripada
kebudayaan itu.Kebudayaan dalam pengertiannya boleh diertikan sebagai cara
hidup. Oleh itu,Kebudayaan Islam, bererti cara hidup Islam manakala Kebudayaan
Barat adalah
cara
hidup orang Barat. Kebudayaan Islam adalah berlainan daripada Kebudayaan Barat.
Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat
Islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis
Nabi s.a.w. Dari itu, kebudayaan Islam tunduk kepada peraturanperaturan yang ditentukan
oleh kedua-duanya yang berpokok kepada al-Quran sendiri, sebagai kitab
perundangan yang telah diturunkan oleh Allah kepada NabiMuhammad s.a.w melalui
malaikat Jibril, dan ini merupakan wahyu Allah kepada pesuruhNya Muhammad
s.a.w. Yang demikian, kebudayaan Islam wujud
dengan kedatangan agama sebagai agama tanzil atau agama langit yang
tunduk kepada peraturan Yang Maha Kuasa.
Dalam
menerangkan bidang kemajuan dan percapaian hidup manusia, Abdul Rahman Hasan
Habannakah, pengarang buku al-Hadarah al-Islamiyyah telah membahagikan
kedua-duanya itu kepada tiga bahagian:
·
Kemajuan
dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani dan kemudahan-kemudahan hidup, termasuk
faktor-faktor kemewahan dan keselesaan. Semua itu merangkumi jenis kemajuan seperti
pertanian, perkilangan, perlombongan, perindustrian, dan lain-lain lagi.
·
Sistem
yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan,
serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti
peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan harta benda, dan hal-hal keluarga.
Seterusnya, ia meliputi akhlak, adat resam, amalan hidup yang baik dan seluruh
tatacara pergaulan manusia di antara satu dengan yang lain.
·
Pencapaian
dan kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui
hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan
ke
alam barzakh. Kemudian manusia berpindah ke alam baqa, iaitu alam akhirat
dengan mendapat balasan yang sempurna. Ini meliputi pemikiran yang mendalam
yang dapat membawa manusia mengenal Penciptanya. Manusia dapat mengetahui di
sebalik kewujudannya, matlamat hidup dan tempat kembali setelah mati, kewajipan
yang mesti dilakukan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah juga
bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah
digariskan oleh Syariat Islam.
Ada
tiga sumber yang dianggap dapat memajukan tamadun dalam proses pembangunannya, iaitu sumber wahyu atau ilham daripada Allah
s.w.t yang disampaikan melalui nabi-nabi dan rasul-rasul pesuruh Allah. Apa
yang dapat dilakukan melalui pemikiran hasil daripada kajian ilmiah. Apa yang
diperolehi oleh manusia melalui pengalaman dan percubaan-percubaan serta
pengkajian semula dengan perhatian yang mendalam daripada segi kesalahan-kesalahan
dan kekurangan, dan seterusnya dengan menyempurnakan ilmu-ilmu yang telah sedia
ada. Dalam masalah ini, hanya Tamadun Islam sahaja yang melengkapi ketiga-tiga sumber
ini. Kerana itu, pembangunan Tamadun Atom meliputi pembangunan tamadun rohani
dan jasmani, atau apa yang disebut tamadun spiritual dan tamadun material.
Berbanding dengan Tamadun Barat yang bersumberkan dua perkara sahaja dan mereka
lebih menitikberatkan pembinaan tamadun yang bersifat kebendaan semata-mata. Tamadun
Islam telah merubah cara hidup dan orang Arab Jahiliah. Tamadun Islam juga
telah wujud berasaskan suasana keadaan tamadun umat Arab, tempat Tamadun Islam
itu lahir.
KELAHIRAN
TAMADUN ISLAM
Tamadun
Islam seperti yang ada sekarang ini telah mula lahir apabila lahirnya sebuah
masyarakat Islam yang berkeadaan serba sederhana di Makkah pada tahun 610M,
serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Rasul Allah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada
tahun 622-623M, di sana tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh
baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab
berkembangnya Tamadun Islam itu setapak demi setapak hingga terdirinya suatu
tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia moden.
Sebelum lahir Tamadun Islam sudah pun ada tamadun lain seperti Tamadun Parsi,
Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi. Orang Arab
sendiri pun telah ada satu bentuk tamadun yang tidak kurang majunya.
Tamadun-tamadun ini banyak sekali mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.
Konsep
Tamadun Barat
Kebudayaan
Barat adalah cara hidup Baral yang tidak tunduk kepada peraturanperaturan tertentu
yang berbentuk kitab yang diturunkan daripada langit dalam bentuknya yang asli
dan murni. Walaupun orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab Injil
dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak kedapatan lagi pada hari ini.
Pada mereka pelaksanaan agama Kristian dalam masyarakat sudah jauh menyeleweng
daripada kehendak-kehendak agama Kristian yang sebenarnya. Oleh itu, hingga
dalam hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat perubahan-perubahan yang
telah disesuaikan dengan apa yang terdapat dalam kebudayaan mereka seperti yang
pernah digariskan oleh Edward Burnett Taylor, ahli antropologi Inggeris tentang
kebudayaan. Menurut beliau, keseluruhan yang kompleks di dalam terkandung ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, dan adat istiadat. Di
sini ternyata Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai
teras agama adalah sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan yang menerima perubahan.
Berbeza dengan kebudayaan Islam yang dibentuk oleh kepercayaan, yang bererti
bahawa lahirnya kebudayaan merupakan hasil daripada agama itu sendiri.
Begitu
juga dengan tamadun Barat yang timbul daripada kebudayaan Barat yang telah
memasukkan agama itu sebagai satu ciri tamadun seperti yang didefinisikan oleh
Arnold J. Toynbee menurut beliau bahawa tamadun itu secara langsung memberi
gambaran kepada fikiran kita tentang perkara yang berikut: iaitu Agama, Senibina,
Senilukis, Akhlak dan Adat Istiadat. Manakala Tamadun Islam adalah satu ciri
yang timbul daripada keadaan kehidupan manusia (insan) yang digelar masyarakat
Islam yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
dipandu oleh kepercayaan agama Islam itu sendiri. (Abdul Rahman Nawas, dll.
(1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Pustaka haji Abdul Majid)
Nilai-Nilai
Universal Dalam Tamadun
Nilai-nilai
universal ini memperlihatkan wujudnya persamaan antara Tamadun Islam dengan
tamadun dunia yang lain. Ini bermakna, Tamadun Islam itu bukanlah sesuatu yang
terlalu terasing daripada ruang lingkup ketamadunan manusia. Hal ini berlaku
kerana Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri yang terdapat pada
tamadun-tamadun lain dan menjelaskan betapa Tamadun Islam tetap mementingkan
beberapa ciri yang bersifat material tersebut namun diseimbangkan dengan ciri
khusus yang menekankan aspek ruhaniah. Oleh yang
demikian,
sebagaimana kelaziman dalam melihat sesuatu tamadun, beberapa aspek yang
disifatkan sebagai material dengan makna yang luas itu boleh dilihat dalam
Tamadun Islam. Misalnya, dalam aspek urbanisasi, revolusi pertanian, pembentukan
sistem pemerintahan dan pentadbiran, perkembangan perdagangan dan sebagainya.
Dalam sejarah manusia, tamadun sering sahaja dilihat sebagai satu pencapaian
tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Berdasarkan hal ini, maka telah
wujud beberapa tamadun besar seperti Tamadun Lembah Indus, Tamadun Hwang Ho,
Tamadun Mesir, Tamadun Greek, Tamadun Rom dan sebagainya. Kewujudan keseluruhan
tamadun ini sebenarnya sangat bergantung kepada kebolehan bangsa pembentuk
tamadun tersebut untuk memenuhi beberapa kriteria umum yang telah diletakkan
oleh kalangan sarjana yang mendalami aspek ini dan sering kali kriteria ini
diguna pakai dan menjadi garisan dalam melihat pembelajaran tamadun.
Antara
ciri terpenting yang mendasari tamadun universal ini ialah amalan beragama,
pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan penulisan. Edward L.
Farmer dalam bukunya, 'Comparative History of Civilization in Asia', misalnya
menegaskan bahawa sesuatu tamadun itu dapat ditentukan kewujudannya berdasarkan
beberapa ciri, iaitu revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial,
amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan
pengenalan sistem tulisan. M.A.J. Beg pula melihat aspek sejagat dalam tamadun
ialah 'penyebaran teknologi pertanian dan penternakan yang mengubah tradisi
kehidupan nomad dan membolehkan pembentukan satu sosiobudaya masyarakat yang
baru, pengkhususan dalam masyarakat, revolusi dalam perbandaran yang menekankan
aspek kemunculan bandar dan negeri, stratifikasi sosial, kewujudan sistem
pengairan, teknologi tembaga dan besi serta sistem penulisan'. Sarjana lain
pula menekankan salah satu ciri sebagai lebih penting daripada ciri yang lain.
Misalnya, Edward Taylor menyatakan bahawa tamadun itu sangat mempunyai ikatan
kuat dengan kewujudan sistem tulisan. Kalangan sarjana yang memberi penekanan
besar terhadap aspek penulisan ini selanjutnya menyatakan bahawa, 'civilization
cannot exist without a system of writing and a system of writing can not exist
except in acivilization'.
Terdapat
juga sarjana yang melihat aspek urbanisasi sebagai aspek terpenting dalam melihat
sesebuah tamadun. Secara terperinci ada antara sarjana yang meletakkan bahawa
sesebuah bandar harus mempunyai lebih daripada 5,000 orang penduduk, mempunyai
satu sistem tulisan dan mempunyai monumenmonumen keagamaan yang penting.
Penyokong pandangan ini melihat bahawa kewujudan bandar dan monumen-monumen ini
memperjelas satu pencapaian
yang
tinggi dalam tamadun tersebut. Meskipun demikian, istilah yang digunakan bagi
merujuk kepada revolusi pembandaran itu haruslah diberikan penjelasan yang
lebih terperinci. Antara sarjana yang memperincikan konsep urban revolution ini
ialah V. Gordon Childe dan telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa aspek
penting yang harus dilihat dalam perkara ini, iaitu perkembangan penduduk yang
ekstensif, organisasi masyarakat yang tersusun termasuklah pembahagian
yangjelas kepada kelas buruh, lebihan dalam pengeluaran, kewujudan
monumen-monumen khusus untuk pembesar dan pemerintah, hierarki sosial yang
ketara, penemuan dan pengamalan sistem penulisan, perkembangan sains dan teknologi,
perkembangan aspek kesenian dan perdagangan. Kesemua kriteria ini diwujudkan
sebenarnya untuk memisahkan antara masyarakat dan pencapaian yang telah berjaya
dilakukan oleh sesuatu bangsa tersebut. Tamadun Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w. secara jelas turut menjadikan ciri-ciri tamadun sejagat ini sebagai satu
kriteria yang penting. Malahan dalam keseluruhan Tamadun Islam sama ada di
Tanah Arab mahupun di kawasan lain termasuklah di Asia Tengah, Asia Selatan,
Eropah, Asia Timur mahupun di Asia Tenggara, ciri-ciri ini dapat dilihat dan
dikesan dengan mudah. Malahan dipandang dari sudut Tamadun Islam, perkataan
tamadun yang mempunyai beberapa terminologi lain seperti madaniyah, hadarah,
umran dan tamaddun itu mempunyai pertalian yang erat dengan aspek perbandaran
yang menjadi antara aspek yang boleh dilihat dalam mana-mana tamadun dunia. Secara
umum pembandaran merupakan proses kehidupan bandar atau perkara perkara yang
berkaitan dengan bandar dan kehidupan di bandar. Malah terdapat sarjana yang
menyatakan bahawa kehidupan bandar ini mempunyai ciri-ciri kemakmuran dan
tamadun yang berbeza dengan kehidupan di kawasan luar bandar yang lebih
bersifat sederhana, statik dan primitif. Ibn Khaldun dalam karya unggulnya,
iaitu Mukadimah, misalnya menggunakan terminologi umran sebagai kata ganti bagi
tamadun dan menyatakan, 'peradaban (‘umran), maksudnya ialah manusia harus menghuni
di suatu tempat yang umum dan sama-sama tinggal di kota-kota dan di
perkampungan untuk keselesaan beramah-tamah serta memenuhi keperluan kepuasan
manusia, sesuai dengan sifat semula jadi manusia yang perlu bantu-membantu demi
mencapai suatu taraf hidup (yang baik)...'. Ibn Khaldun menggunakan perkataan
ini setiap kali merujuk kepada masyarakat bandar atau negeri yang dibuka dan
diduduki oleh pemerintahpemerintah Islam. Selain itu, Ibn Khaldun juga
menggunakan perkataan hadharah yang dikatakan oleh E.W. Lane sebagai, 'A
region, district or tract of cities or town or villages and of cultivated
land'. Perkataan tamadun atau tamaddun yang berasal daripada kata Madana pula
bermakna membina atau membangunkan
bandar.
Berdasarkan terminologi-terminologi ini, adalah jelas bahawa dalam melihat
Tamadun Islam, aspek-aspek yang disenaraikan sebagai aspek sejagat itu juga
berdiri sebagai aspek yang harus diberikan perhatian terutamanya aspek urbanisasi.
Ini kerana adalah menjadi satu realiti sejarah bahawa masyarakat Islam dikenali
sebagai masyarakat bandar dan perkara ini sangat jelas berlaku dalam melihat
perkembangan Islam di benua kecil India. Jurzi Zaydan yang dianggap pelopor
kepada penggunaan perkataan tamadun dalam karyanya yang terkenal, iaitu
Tamaddun al-Islami atau Sejarah Tamadun Islam memberikan perhatian kepada beberapa
aspek dalam pembentukan Tamadun Islam, iaitu pemerintahan Islam termasuklah
sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam, stratifikasi sosial, perkembangan
ilmu sains dan pendidikan, bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan
kesenian Islam sama ada muzik (musiqa) serta nyanyian atau qhina Aspek
urbanisasi atau pembangunan bandar dilihat menjadi antara aspek penting yang
diberi penekanan khusus dalam melihat keseluruhan perkembangan Tamadun Islam.
Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan Madinah yang bermakna bandar
sebanyak beberapa kali sementara kata jamak bagi Madinah, iaitu mada'in turut
disebut sebanyak tiga kali. Menurut Ahmad Zaki Hj. Abd. Latiff dalam buku
“Perbandaran di Timur Tengah: Kesanya Terhadap masyarakat Islam” mengatakan,
sebutan sebanyak 13 kali daripada istilah Madinah di dalam al-Quran menggambarkan
beberapa bandar purba yang telah wujud sejak zaman nabi-nabi terdahulu sebelum
Nabi Muhammad s.a.w. , misalnya bandar Memphis yang menjadi pusat pemerintahan
Firaun, bandar Hijr, bandar Antioch atau Antokiyyah, kota Aikah dan sebagainya.
Disebutkan juga di dalam al-Quran perihal kota Yathrib, iaitu nama lama bagi
Madinah dan kota Makkah. Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh
kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam.
Ini menjelaskan betapa eratnya hubungan antara Tamadun Islam dengan aspek
perbandaran. Dalam masa yang sama juga pembandaran telah dilihat sebagai antara
penanda mudah dalam melihat sesuatu masyarakat itu telah mencapai tahap tamadun
atau sebaliknya. Ira P. Lapidus menyatakan 'The study of tradisional Muslim
cities touches on all aspects of Islamic civilization'. Malah kemunculan Islam
di kota Makkah sebelum berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan kenyataan
bahawa Islam lahir dalam persekitaran bandar. Kota Makkah telah dikenali sejak
zaman pra-Islam sebagai pusat perdagangan kabilah yang penting di Timur Tengah. Malah
kepentingan dan kemasyhuran kota Makkah telah sampai hingga ke pengetahuan
pedagang-pedagang Greek. Kota ini pada asalnya merupakan sebuah wadi yang menjadi
kawasan laluan perdagangan antara kawasan Mediterranean dengan Tanah Arab,
Afrika dan Asia Selatan. Ia terletak di antara Ma'rib di selatan dengan Petra
di utara. Ptolemy menamakan kota ini sebagai Macoraba. Selain sebagai pusat
perdagangan, Makkah menjadi pusat keagamaan apabila patung-patung tertentu diletakkan
di sekeliling Kaabah dan sering dikunjungi oleh masyarakat Arab. Kedua-dua
faktor inilah, iaitu pusat perdagangan kabilah dan keagamaan menjadikan Makkah
muncul sebagai kota penting. W.M. Watt misalnya, menyatakan,
'The first Muslims were not bedouin
actually living in the desert,
but men from the commercial centre of
Mecca and the agricultural
oasis of'Medina...,'.
Kewujudan
kota-kota Islam ini mula menjadi penting sepanjang sejarah penyebarannya. Kota
Madinah menjadi kota penting dalam perkembangan Tamadun Islam malah
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun pertama hijrah (622-23 Masihi)
merupakan turning-point kepada sejarah Islam. Kota Madinah telah dilengkapi
dengan segala keperluan dan kemudahan bagi masyarakat Islam melaksanakan ajaran
agama dan melaksanakan kehidupan harian mereka. Ini termasuklah mendirikan
masjid al-Nabawi dan menyusun petempatan penduduk berasaskan kepada suku-suku
yang ada di kota tersebut. Asas ini kemudiannya diikuti dalam mewujudkan
bandar-bandar baru di Timur Tengah kemudiannya. Misalnya, dalam perancangan
bandar Basrah, Kufah, Wasit, Fustat dan Qayrawan turut mempunyai bentuk yang
sama dengan Madinah di mana masjid menjadi pusat bandar dan dikelilingi oleh
kawasan-kawasan petempatan. Masjid yang terletak di pusat bandar bertindak
sebagai 'pusat spiritual' sementara subjek-subjek di sekelilingnya seperti
bazar, kawasan petempatan dan sebagainya menjadi lambang kehidupan dunia.
Kedudukan yang berdekatan memberi makna bahawa keseimbangan antara kepentingan
dunia dengan akhirat itu menjadi teras dalam kehidupan masyarakat Islam dan
seterusnya teras Tamadun Islam. Pasar atau bazar yang didirikan di persekitaran
masjid menjadi pusat penting dalam perkembangan ekonomi dan perniagaan dalam
Tamadun Islam. Sewaktu pemerintahan Islam di India, bazar yang mempunyai harga
tetap dan pasar-pasar kecil yang dikenali sebagai qasbah menjadi 'landmarks'
yang penting serta ia diwujudkan di seluruh utara India. Lebih penting lagi, kemunculan
bandar-bandar Islam ini telah berjaya mengembangkan sinar Islam ke
daerah-daerah sekitar termasuklah kawasankawasan pedalaman yang masyarakatnya
mempunyai ikatan tertentu sama ada ekonomi dan sebagainya dengan kawasan
bandar. Tanpa kehadiran bandar-bandar seperti
ini akan menyebabkan Tamadun Islam itu berada dalam keadaan jumud dan tidak
berkembang. Ibn Khaldun misalnya, menyatakan bahawa bandar-bandar merupakan
kawasan petempatan dan kawasan perlindungan masyarakat. Segala kemudahan di
bandar akan membantu masyarakat tersebut mencapai keselesaan dan membantu
kepada pencapaian-pencapaian cemerlang masyarakat. Dilihat dari sudut ini,
kepentingan bandar itu adalah sangat penting bagi masyarakat yang bertamadun
dan segala keperluan dalam kehidupan masyarakat tersebut mampu disalurkan oleh
bandar tersebut. Al-Bustani mengatakan bahawa orang yang bertamadun ialah orang
yang tinggal menetap di bandar yang sudah tentu kehidupannya berbeza dengan
masyarakat yang hidup secara berpindah randah atau al-Badawah. Ini bermakna
bahawa banar dalam Tamadun Islam merupakan pusat perubahan yang menjadi
pemangkin kepada pencapaian-pencapaian cemerlang dalam tamadun tersebut. Besim
Salim Hakim menyatakan bahawa bandar-bandar Islam dapat dikenali kerana ia
dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah beberapa elemen asas, iaitu
masjid, kawasan petempatan pemerintah, qasbah atau
kota
berkubu, rabad atau pinggir kota, sur atau dinding kota, bab atau pintu kota,
burj atau kubu pertahanan, shari' atau toriq nafiq, iaitu jalan raya, bataha
atau tempat awam, musalla atau tempat solat, maqbarah atau kawasan perkuburan, khazzan
atau tempat menyimpan air, khandaq atau parit yang mengelilingi kota dan
muhalla atau kawasan petempatan penduduk. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
, secara umumnya Islam telah berkembang dengan pesat ke seluruh jazirah Tanah
Arab. Di setiap sudut perkembangan Islam, bandar-bandar baru telah diwujudkan
seperti Baghdad dan Samarra atau dikembangkan berdasarkan bandar yang telah
sedia ada seperti Damascus. Malahan sepanjang pemerintahan kerajaan Abbasiah
dan Umayyah, bandar-bandar ini bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran malah
turut berkembang sebagai pusat perkembangan Tamadun Islam secara
keseluruhannya. Bandar Kufah misalnya, bukan sahaja penting sebagai ibu negara
sejak zaman Saidina Ali bin Abi Talib malah turut bertindak sebagai pusat
perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam. Terdapat juga bandar-bandar yang
mempunyai kepentingan strategik dan ketenteraan seperti bandar Qairawan di Tunisia
yang dibina pada tahun 607 Masihi dan bandar Fustat di Mesir yang dibina pada
tahun 642 Masihi oleh Amr ibn al-As. Bandar ini dikelilingi oleh tembok untuk
tujuan pertahanan dan melindungi penghuninya daripada ancaman ribut pasir.
Berdasarkan
kepada hakikat ini, kewujudan sesebuah bandar dalam Tamadun Islam bukan sekadar
melambangkan sifatnya sebagai masyarakat urban itu dikekalkan malah ia
mempunyai kepentingan dan peranan yang cukup besar. Bandar-bandar ini
bertanggungjawab sebagai pusat pentadbiran, pusat pengembangan ilmu
pengetahuan, pusat perkembangan kebudayaan Islam, pusat ekonomi dan penumpuan
masyarakat. Kota Baghdad mula dibina pada tahun 146 Hijrah atau 763 Masihi dan
siap pada tahun 149 Hijrah atau 766 Masihi dan menjadi ibu kota bagi
pemerintahan Islam Abbasiah yang menggunakan lebih daripada 100,000 orang
tenaga buruh bagi menyiapkannya. Kota ini dibina di kawasan seluas 7,000 hektar
dan dilengkapi dengan tembok-tembok kukuh sebagai pertahanan daripada serangan
musuh. Ia juga mempunyai sistem petempatan penduduk yang teratur dan disusun di
sekitar Masjid al-Jami' yang menjadi pusat bagi kota Baghdad. Bagi pemerintahan
Islam Umayyah pula, kota Damascus telah dijadikan ibu kota pemerintahan mereka.
Kota ini dilengkapi dengan istana yang dikenali sebagai Qubbat al-Khandra atau
Istana Berkubah Hijau, rumah-rumah pembesar yang dikenali sebagai
dar-al-imarah, masjid besar yang dikenali sebagai Jami'' al-Umawi telah dibina
pada zaman pemerintahan al-Walid ibn Malik antara 705-715 Masihi yang menjadi
simbol penggabungan kepakaran dan kesenian Arab serta Byzantine. Dalam melihat
sejarah perkembangan Islam, salah satu perkara asas yang sering sahaja diberi
perhatian ialah peranan kalangan saudagar dan pedagang. Aktiviti perdagangan
mereka telah membolehkan agama Islam disebarkan hingga menjangkau
kawasan-kawasan di luar jazirah TanahArab. Hubungan perdagangan antara
pedagang-pedagang Islam dengan pelabuhan-pelabuhan di India, Asia Tenggara dan
di Negara China membuktikan hakikat ini. Malah beberapa pelabuhan yang sering
didatangi oleh pedagang-pedagang India kemudiannya menjadi pusat kepada
perkembangan Tamadun Islam di kawasan tersebut, misalnya Canton di Negara
China, Melaka dan pelabuhan Malabar serta Bengal di India. Secara umum,
pedagang-pedagang Islam memberi tumpuan kepada kota-kota pelabuhan yang telah
sedia wujud. Pengaruh mereka yang semakin mendalam dan usaha penyebaran Islam
menyebabkan Islam kemudiannya mampu menarik perhatian masyarakat tempatan hingga membolehkan ia
muncul sebagai kuasa yang penting. Secara beransur-ansur mereka diberi
kepercayaan untuk terbabit dalam pentadbiran kerajaan. Ini bermakna sebagai
sebuah tamadun yang berkembang dalam persekitaran bandar ia akan menarik minat
masyarakat di kawasan tersebut. Dengan kata lain, Islam berkembang dari kawasan
Bandar sebelum tersebar ke kawasan-kawasan luar bandar. Kepentingan bandar
sebagai medium penyebaran Islam yang penting telah menyebabkan
pemerintahpemerintahIslam di India mendirikan kota-kota tertentu.
Zaman
Mughal merupakan zaman gemilang dalam Tamadun Islam di India malah penumpuan
terhadap penubuhan bandar sangat jelas kelihatan pada masa itu. Pemerintah
Mughal terutamanya Akhbar (1556-1605) dan Shah Jahan (1628-58) merupakan
pemimpin yang mempunyai tanggungjawab besar dalam mengembangkan aspek ini.
Perkembangan dan kewujudan bandar-bandar baru semasa zaman Mughal ini mempunyai
perkaitan rapat dengan beberapa pencapaian tamadun yang lain termasuklah aspek
seni bina, perancangan Bandar dan perkembangan ekonomi. Bandar-bandar seperti
Shahjahanbad atau dikenali juga sebagai Delhi Lama, Agra, Fatehpur Sikri dan
sebagainya melambangkan pencapaian gemilang Tamadun Islam di India. Bandar
Shahjahanbad didirikan di kawasan seluas 5,000 hektar dan semasa zaman
Aurangzeb pada abad ke-17, ia mempunyai 60,000 orang penduduk. Kota ini menjadi
begitu penting malah terdapat pepatah lama yang menyebut, 'He who rules Delhi,
rules India'. Kota ini dibina dengan lengkap sebagai pusat pemerintahan, ekonomi
dan kebudayaan zaman Mughal. Shah Jahan telah membina masjid Jamik pada tahun
1644. Ia terletak di tengahtengah bandar ini. Bentuk dan reka corak yang
menghiasi masjid ini melambangkan kewujudan sebuah tamadun yang cemerlang.
Fatehpur Sikri pula merupakan bandar yang didirikan oleh Maharaja Akhbar dan
dimulakan pembinaannya pada tahun 1569. Ia hanya siap pada tahun 1574. Sebuah
masjid juga didirikan di tengah-tengah bandar ini. Walau bagaimanapun, bandar
ini kemudiannya ditinggalkan oleh Akhbar pada tahun 1585 kerana berbagai-bagai masalah
termasuklah bekalan air dan cuaca yang dikatakan terlalu panas. Aspek
perbandaran ini turut menjadi perkara penting dalam melihat kewujudan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Sebenarnya sejarah pembangunan bandar di Asia Tenggara
telah pun berlaku sejak zaman pra-Islam lagi. Kehadiran Islam turut mengikuti
corak yang telah sedia ada tersebut, namun dengan semangat yang berbeza, iaitu
lebih kepada roh dan semangat Islam. Ini semua dapat dilihat dalam pembangunan
bandar-bandar seperti Melaka yang dianggap sebagai Bandar Melayu pertama
menjadi bandar Islam di Semenanjung Malaysia, Demak, Acheh, Brunei dan
sebagainya. Kebesaran dan kepentingan bandar Melaka dapat dilihat berdasarkan
ungkapan Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental yang menyatakan bahawa
masyarakat Melaka menggunakan sebanyak 80 bahasa dan kenyataan ini
menggambarkan betapa Melaka merupakan sebuah bandar yang besar. Malahan
Mahayudin Haji Yahaya dalam bukunya “Islam di Alam Melayu” tanpa ragu-ragu
menegaskan bahawa bandar Melaka pada abad ke-16 dikategorikan sebagai sebuah bandar
metropolitan kerana jumlah penduduknya yang besar dan dianggarkan jumlah penduduk
Melaka mencapai 90,000 orang pada tahun 1511. Salah satu ciri universal dalam
melihat tamadun ialah perkembangan dalam
bidang
ekonomi. Sektor pertanian mengalami revolusi yang tidak pernah berlaku sebelumnya
dalam masyarakat tersebut. Ini diikuti dengan berbagai-bagai sector perekonomian
yang lain termasuklah perdagangan, penternakan dan sebagainya. Revolusi
pertanian dalam masyarakat yang bertamadun menandakan berakhirnya aktiviti
secara nomad dan kini bertumpu kepada pertanian secara menetap. Usaha pertanian
secara menetap ini memungkinkan perubahan dan inovasi dapat dilakukan bagi
memajukan bidang pertanian. Keadaan ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan
aspek perbandaran. Ini kerana masyarakat bandar akan mempunyai kesempatan
melakukan berbagai-bagai rupa bentuk inovasi dan perubahan dalam aktiviti
mereka berbanding dengan masyarakat yang hidup secara nomad. Sektor pertanian
dilihat menjadi asas penting dalam kehidupan sesuatu tamadun kerana ia menjadi
sumber asas kepada pembekalan makanan penduduk. Tanpa keperluan asas ini,
adalah amat sukar untuk sesuatu masyarakat mencapai kejayaan-kejayaan lain
dalam kehidupan mereka. Menyedari kepentingan inilah, Ibn Khaldun, misalnya
mengatakan bahawa sector ini menjadi syarat kepada keberlangsungan tamadun.
Perkembangan Tamadun Islam yang melewati rantau jazirah Tanah Arab hingga ke
Eropah, Afrika danAsia secara langsung turut menyebarkan elemen-elemen dalam
Tamadun Islam. Asas Tamadun Islam yang
dibawa dari Timur Tengah itu telah disesuaikan pula,dengan beberapa keadaan
tempatan. Ini dapat dilihat dalam aspek perkembangan apertanian sebagaimana yang
berlaku diAndalus (Sepanyol). Meskipun sebelum kedatangan Islam ke Andalus, aktiviti
pertanian telah berlangsung namun ia menjadi begitu pesat sewaktu zaman
pemerintahan Islam. Antara kawasan pertanian yang penting ialah Saragossa,
Malaga, Lorca dan sebagainya. Masyarakat keturunan Arab yang datang ke
Andalusia sejajar dengan perkembangan Islam dikatakan sebagai kalangan yang
rajin mengerjakan tanah mereka. Malahan mereka dianggap sebagai pakar dalam
bidang pertanian dan menjalankan aktiviti ini dengan menggunakan teknologi
moden dan saintifik. Antaranya termasuklah menggunakan alatan baru untuk
meratakan kawasan tinggi dan menggunakan baja untuk menambahkan kesuburan
tanah. Salah satu perkara yang dipentingkan dalam menjalankan aktiviti
pertanian ini di Andalus ialah penggunaan sistem pengairan yang moden dan sistematik.
Menyedari hakikat bahawa Andalus mengalami masalah bekalan air, maka berbagai-bagai
teknik untuk mengairi kawasan pertanian telah dilakukan termasuklah dengan
menggunakan perigi yang digali atau menggunakan air sungai. Sebelum perigi
dapat digali, kajian topografi dalam menentukan kesesuaian kawasan dilakukan.
Untuk menimba air dari perigi, orang-orang Islam menggunakan sebuah roda air
yang berasal dari Parsi dan dikenali sebagai Na'urah. Selain perigi, terusan
air juga dibina dan ia bukan sahaja untuk keperluan
pertanian
malah turut membekalkan air ke bandar-bandar diAndalus. Penekanan Tamadun Islam
dalam aspek pertanian ini turut dicerminkan melalui pengetahuan masyarakat
Islam Andalus mengenai teknik mengawetkan makanan. Buah-buahan seperti anggur,
ceri dan sebagainya boleh disimpan selama beberapa tahun tanpa kehilangan
rasanya malah Ibn al-Awwam, iaitu seorang ahli botani telah menulis mengenai
cara-cara mengawet jagung, buah-buahan dan minyak zaitun. Kehadiran Islam turut
membawa beberapa jenis tanaman yang sebelumnya tidak ditanam oleh petani-petani
di Andalus. Antaranya termasuklah padi atau dalam bahasaArab dikenali sebagai
aruzz yang mula ditanam di Andalus pada abad ke-10, buah delima atau dalam
bahasa Arab dikenali sebagai rumman, limau yang dibawa dari India, pisang yang
dibawa pada abad ke-10 dan kunyit yang disebut sebagai azfran dalam bahasa
Andalus. Gabungan antara kekayaan tanah pertanian, perdagangan dan sector
perekonomian yang lain menjadi asas kepada kekuatan Tamadun Islam Pemerintahan
Abbasiah, misalnya telah berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran yang
mantap di daerah-daerah terpencil agar bidang pertanianmenjadi makmur dan
secara langsung turut memakmurkan kerajaan serta Tamadun Islam keseluruhannya.
Aspek pertanian sangat dibantu oleh pembinaan tali air terutama di
kawasan-kawasan yang mengalami masalah kekurangan air. Sistem pemilikan tanah
yang berkembang pada akhir abad ke-10 terdiri daripada empat jenis hartanah,
iaitu hartanah yang dimiliki oleh pemerintah, tanah anugerah yang juga disebut
sebagai iqta dalam bahasaArab, tanah persendirian dan tanah untuk tujuan
keagamaan atau waqf atau habus. Dalam melihat perkembangan sektor pertanian dan
kepenggunaan tanah, maka institusi waqf harus diberi perhatian yang mendalam.
Institusi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam Tamadun Islam. Tanah
jenis ini menjadi asas kepada pembinaan masjid, sekolah, hospital dan sebagainya.
Kepentingan tanah wakaf dalam sistem ekonomi Islam dapat diperjelaskan seperti
berikut: Kita (Islam) sebenarnya mempunyai satu sumber harta yang amat
berpotensi, dan sekiranya dirancang dan dibangunkan secara teliti dan ikhlas,
mampu menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan permasalahan
sosioekonomi dan pembangunan ummah, selaras dengan tuntutan-tuntutan agama Islam
yang maha suci. Selain sektor pertanian, sesuatu tamadun itu turut ditentukan
garisnya berdasarkan aktiviti komersil terutamanya perdagangan.
Pedagang-pedagang Islam menjalankan aktiviti mereka meliputi kawasan Asia
Barat, Eropah dan Asia. Antara barangan yang diperdagangkan termasuklah kain,
barangan besi, tembikar, permaidani, minyak wangi dan barangan kulit. Pasar
atau bazar menjadi pusat penjualan yang penting di mana bangunan-bangunan kedai
atau wikala didirikan untuk memudahkan urusan tersebut. Satu sistem yang
teratur dilakukan agar
segala
urusan jual-beli dapat dilakukan dengan lancar. Setiap barangan didaftarkan,
disimpan dan cukai kastam ditaksir. Tempat tinggal pedagang dari luar juga
disediakan. Lebih penting lagi, sektor perdagangan ini dapat berkembang pesat
kerana kemampuan kerajaan-kerajaan Islam mengawal dan mendominasi perdagangan
lautan dan daratan. Kerajaan Abbasiah, misalnya dilihat bersifat kedaratan
sementara kerajaan Fatimiah dan Mamluk membina angkatan laut untuk mengawal
perdagangan di lautan. Dalam masa yang sama, struktur ekonomi yang wujud dalam
Tamadun Islam "sebenarnya membawa keuntungan bukan sekadar dari sudut
perolehan pendapatan yang dibayangkan melalui wang ringgit, perdagangan dan
sebagainya, malah ia turut memberi keuntungan dari sudut yang lain. Misalnya,
dalam aspek membiayai segala bentuk kemudahan yang ada dalam kerajaan tersebut.
Berlandaskan kepada konsep kebajikan masyarakat menyebabkan orang perseorangan
yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang ekonomi akan memberikan
bantuan untuk pembinaan sekolah, hospital, tempat penginapan pedagang, aktiviti
pengembangan agama dan menyokong kegiatan intelektual Islam. Di tinjau dari
sudut yang lain, terlihat satu perkaitan yang erat antara perkembangan ekonomi
dengan kepesatan perkembangan bandar. Ini kerana di kawasan bandar
berbagai-bagai aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan berkesan hasil
daripada terdapatnya berbagai bentuk peralatan termasuklah alat alat pertanian
bagi kaum tani memajukan usaha pertanian mereka. Malahan penduduk luar bandar,
misalnya tidak mempunyai mata wang sendiri bagi keperluan jual beli yang mana
kesemua kemudahan ini hanya diperoleh di kawasan bandar. Walau bagaimanapun,
sewaktu perkembangan ekonomi dilihat begitu menekankan kawasan bandar, kawasan
luar bandar tetap mempunyaiperanan yang besar kerana segala kemewahan di bandar
tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa adanya daya usaha kaum tani dalam
mewujudkan keperluan asasi kehidupan di bandar. Perkaitan antara sektor
perdagangan dengan perbandaran ini secara jelas dapat dilihat di Andalus.
Bandar-bandar seperti Seville, Tortosa, Toledo dan sebagainya telah menjadi
pusat perdagangan yang penting. Dalam masa yang sama Andalus menjalin hubungan
dagangan dengan Itali, Morocco, Mesir, Yunani, Syria, Afrika Tengah, India dan
Negara China. Dalam menentukan agar aktiviti perdagangan dapat berjalan dengan
keadaan teratur, maka sebuah kawasan yang di kenali sebagai al-Qaysariyah telah
didirikan yang dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah dikawal sepanjang
masa untuk mengelakkan sebarang masalah. Pasar-pasar yang menjual barangan pula
dikenali dengan berbagai-bagai jenis seperti funduq yang menjual barang-barang
harian, alcaiceria atau pasar awam dan suq atau pasar-pasar kecil. Bagi mengelakkan
sebarang penipuan, pemerintah
Islam
di Andalus telah mewujudkan institusi yang dikenali sebagai muhtasib. Ia bertanggungjawab
menentukan harga bagi setiap barangan dan sistem ini diteruskan setelah zaman
kekuasaan Islam berakhir di Andalus. Penyusunan sistem ekonomi Islam yang menjadi
antara pengisi penting dalam keseluruhan Tamadun Islam itu turut dipaparkan
melalui kewujudan Baitulmal yang bertindak sebagai pusat pengumpulan dan
pengagihan pendapatan negara. Meskipun institusi ini telah wujud sejak zaman
awal kemunculan Islam, namun kerana belanjawan negara sewaktu itu lebih bersifat
sederhana dan tidak rumit pengurusannya, maka kepentingannya adalah minimum.
Kedudukan Baitulmal dalam konteks perkembangan ekonomi Islam berubah semasa
zaman Umar ibnu al-Khattab menjadi khalifah. Perubahan ini berlaku kerana
perkembangan Islam yang pesat hingga berbagai-bagai masalah pentadbiran mula
menjelma dan memerlukan satu sistem yang lebih tersusun. Maka, sebuah dewan
atau jabatan perbendaharaan diputuskan bagi mengawal urusan pentadbiran ke atas
segalaharta kerajaan dan secara rasmi kemudiannya dikenali sebagai Baitulmal.
Ini bermakna Umar ibnu al-Khattab telah bertanggungjawab meletakkan asas penyelarasan
pentadbiran dan penggunaan harta awam. Perkembangan Islam kemudiannya
membolehkan institusi ini turut berkembang. Institusi ini diperkukuhkan pada
zaman al-Mahdi semasa pemerintahan Abbasiah, sebuah jabatan baru, iaitu Jabatan
Akauntan Negara atau al-Zimam ditubuhkan dengan tujuan mengawal akaun setiap
jabatan mengenai basil pendapatan dan perbelanjaan negara. Struktur yang
sebegini diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam kemudiannya. Berdasarkan perkara
ini, Tamadun Islam sangat menitikberatkan soal ekonomi dan kewangan. Bukan
sekadar aktiviti pertanian dan perdagangan dipentingkan malahan aspek dalaman
sesuatu ekonomi itu turut diambil kira termasuklah soal pembahagian harta,
kebajikan rakyat dan sebagainya. Secara jelas kekayaan yang diperoleh oleh
sesuatu pemerintahan dalam keseluruhan Tamadun Islam itu bukan sekadar
diperlihatkan dalam aspekaspek fizikal seperti pembinaan tali air, pembinaan
kapal-kapal dagang, malah turut membabitkan soal-soal 'dalaman' seperti kebajikan
rakyat dan sebagainya. Hal ini jelas apabila persoalan zakat dibangkitkan kerana
antara lain ia bertujuan untuk menyucikan din dan membantu saudara seagama yang
tidak mampu. Ikatan ukhwah Islamiah inilah yang menjadikan Tamadun Islam itu
cukup unik berbanding tamadun-tamadun lain. Satu lagi aspek universal yang
sering sahaja menjadi penanda kepada kewujudan tamadun adalah kewujudan satu
sistem tulisan yang memancarkan erti bagi tamadun tersebut. Merujuk kepada
tamadun-tamadun lain seperti Tamadun China, secara jelas dikatakan bahawa ia
mempunyai satu sistem tulisan yang tersusun dan keadaan yang sama dilihat pada
Tamadun Mesir, Lembah Indus, Greek, Rom dan sebagainya. Ciri ini sebenarnya
tidak terkecuali dalam Tamadun Islam.
Agama
Islam yang bermula di Makkah menjadikan bahasa Arab sebagai medium utama dan
sekali gus menjadikan tulisan Arab sebagai tulisan yang penting dalam perkembangan
Tamadun Islam. Bahasa dan tulisan ini dianggap sebagai bahasa dan tulisan
pilihan sebagaimana yang dibuktikan di dalam al-Quran. Sebenarnya masyarakat
Arab pra-Islam yang menduduki kawasan-kawasan bandar telah pun mempunyai
tradisi membaca' dan menulis. Bagaimanapun ia masih bersifat terhad dan tidak
meluas berbanding tradisi lisan. Pengetahuan ini diperoleh daripada kewujudan
satu sistem pendidikan. Kanak-kanak akan diajar membaca dan menulis di
sekolah-sekolah permulaan. Pada tahap ini, bentuk-bentuk penulisan masih lagi
berasaskan kepada gambar yang melambangkan dan mempunyai maksud yang tertentu.
Asas ini kemudiannya berkembang sejajar dengan penguasaan kanak-kanak tersebut.
Akhirnya menjelang usia remaja, kanak-kanak ini telah mampu untuk membaca dan
menulis dengan baik hingga melahirkan penghasilan-penghasilan kesusasteraan
yang bermutu tinggi. Sebelum perkembangan agama Islam, tulisan Arab adalah
berbentuk persegi atau dikenali sebagai al-murabba. Kehadiran agama Islam
menjadikan bidang penulisan bahasa Arab berkembang dan tulisan yang dikenali
sebagai kufi, mula menjadi penting. la dimantapkan apabila dijadikan bahasa
al-Quran. Malahan secara keseluruhannya, Tamadun Islam sangat menekankan aspek
penulisan dan pembacaan ini sebagaimana ayat pertama yang diturunkan, iaitu
'iqra' atau 'bacalah'. Oleh sebab peranannya sebagai bahasa al-Quran, maka satu
sistem tulisan yang sistematik telah disusun terutama untuk memudahkan kalangan
bukan Arab menguasai bahasa tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut, maka diwujudkan
tanda-tanda bacaan/bunyi, iaitu fathah, dommah dan kasrah. Sepanjang Tamadun
Islam, terdapat juga beberapa perubahan dalam tulisan ini. Misalnya, semasa
zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, setelah mendapati bahawa tanda-tanda
bacaan/bunyi yang asal dalam bentuk titik masih menimbulkan masalah kepada
kalangan bukan Arab, maka ia ditukar dalam bentuk garis dan dilengkapkan dengan
diletakkan tanda shaddah. Secara langsung, kedatangan agama Islam telah
mengubah tradisi meluas masyarakat Arab yang sebelumnya begitu menekankan
tradisi lisan kepada tradisi tulisan. Perubahan dan perkembangan ini berlaku
begitu pantas, sesuai dengan perkembangan yang berlaku terhadap Islam itu sendiri.
Pada tempoh ini, bahasa dan tulisan Arab memainkan peranan penting dalam
perkembangan Tamadun Islam. Malah keadaan ini begitu nyata sekali sewaktu zaman
Umayyah. Hal ini berlaku kerana perkembangan dan penyebaran agama Islam turut
membawa bahasa dan tulisan ini bersamanya. Masyarakat tempatan yang menerima
agama Islam akan terdedah kepada aspek ini terutamanya kerana ia dijadikan
bahasa al-Quran. Selain itu, tulisan Arab juga merupakan sejenis tulisan yang
elastik, fleksibel dan berirama sehingga mudah diterima dan dipelajari oleh
masyarakat bukan Arab. Setiap huruf mengandungi nilai keindahan gaya, estetika
yang dapat digubah dengan mudah. Secara langsung masyarakat di luar Tanah Arab
yang baru sahaja memeluk agama Islam akan terdedah kepada bahasa dan tulisan
ini. Masyarakat ini akan mengasimilasikan gaya bahasa Arab dan mengambil
tulisan Arab sebagai tulisan bahasa sendiri. Penyesuaian fonetik bahasa dan
huruf-huruf Arab dilakukan sebagaimana yang berlaku di kalangan masyarakat
Melayu yang menggunakan tulisan jawi, masyarakat Islam di India yang
menggunakan bahasa dan tulisan Urdu dan Turki yang telah menggunakan daya cipta
masing-masing untuk menghasilkan hurufhuruf baru mengikut gaya bentuk huruf
Arab. Bahasa Arab juga mempunyai keluasan bidang terutama dari segi asal usul perkataan
yang merangkumi semua aspek yang terdapat di dalam bahasa-bahasa Samiyah yang
lain seperti bahasa Ibrani dan Siryani. Ia juga mempunyai berbagai-bagai jenis
perkataan, kata nama, kata kerja dan pecahannya serta kata-kata lain yang
jarang terdapat di dalam bahasa-bahasa lain di dunia. Kedatangan agama Islam di
alam Melayu, misalnya telah menyebabkan berlaku transformasi dalam masyarakat
yang sebelumnya begitu terikat dengan budaya Hindu-Buddha-Animisme termasuklah
dalam soal tulisan. Masyarakat Melayu yang memeluk agama Islam telah menerima
abjad dan tulisan Arab sebagaisebahagian daripada anutan agama baru tersebut.
Selain huruf-huruf Arab, ia.itu.jim, 'ayn, fa, kaf dan nun, beberapa huruf baru
telah dicipta bagi menandakan bunyi-bunyi lazim yang ada pada masyarakat Melayu,
iaitu cha, nga, pa, ga dan nya. Berdasarkan kepada hal ini, huruf-huruf jawi
itu boleh mewakili secara total fonem, mofem dan makhraj atau tempat keluar
kalimah-kalimahArab yang sering digunakan dalam bahasa Melayu dan mampu mengatasi
sebarang kesalahan dalam menyebut dan membunyikan kalimah Arab yang
diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu tersebut. Secara langsung juga perkara
ini menjelaskan betapa Tamadun Islam bukan sahaja menekankan aspek bahasa dan
tulisan sebagai medium penyebaran tamadun malah lebih penting lagi ia menjadi
asas kepada penciptaan tulisan dan abjad-abjad baru yang berasaskan kepada abjad
dan tulisan Arab sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Melayu di Asia
Tenggara. (Azhar Hj. Mad Aros,2003).
Interaksi
Antara Tamadun
Pengenalan
Setiap
tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian dan keunikan
yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku
antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea,
institusi dan insan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan
positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu
dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini
terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling
menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka
sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran
dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal
ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang
akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku
disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua kesan yang
penting, iaitu kesan positif dan kesan negatif.
Kesan
Positif
Interaksi
antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di
Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah
(Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w., di Madinah hak-hak
orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka
tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam yang
lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa
al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah dan kerajaan-kerajaan Islam di
India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan
Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam
kerajaan Abbasiah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan
sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu
juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada
kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Interaksi antara Tamadun India
dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun.
Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Di samping itu,
terdapat kemahiran-kemahiran lain yang
diperkembangkan,
contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan
kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata
bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif
kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan
letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India.
Interaksi antara Tamadun India dengan China berlaku secara aman melalui hubungan
perdagangan dan keagamaan. Antara interaksi Tamadun Islam dengan China yang
turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman, iaitu
melalui perdagangan. Pedagangpedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting
dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam
yang menetap di Negara China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang
ini dengan wanitawanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti
Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang
memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah
penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam
tempatan Cina. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya
cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha
Zhu. Cendekiawancendekiawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran
etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga,
ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat
dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama
Islam kepada masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam
tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut menemukan
senibina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk
masjid-masjid di China hari ini. Hubungan
antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat
ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman, iaitu
melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara
ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza,
iaitu dariArab dan Parsi, dari India dan Negara China. Teori-teori ini telah
diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah
dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi menyokong pendapat mereka. Namun
apa yang lebih penting ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi
antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positif
yang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu
serta
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau,
Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut
membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya
dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian,
makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi
antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif
tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran
dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran
dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping
itu, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang diperkenalkan
kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi
antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu
secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku
melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya
kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku
semasa pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol (1279-1368 Masihi) yang pernah menyerang
Myanmar (Kemboja) dan Jawa pada abad ke-13 Masihi. Kesan positif daripada
interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun
China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan
ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam
Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama
Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran
Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama
Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran
Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai
zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.
Di
samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun
China ke Jepun. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan
Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan Cina telah memainkan
peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun.
Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan
pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum
teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme
dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang
memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi
keluarga Jepun. Manakala, konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi
kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi
Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara
aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan
identiti Tamadun Jepun.
Kesan
Negatif
Adalah
tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan
kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan
negatif. Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi
telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak
baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai
pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada
faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Begitu
juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dengan Kristian dalam Zaman Pertengahan
di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan
beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang
Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan
politik. Di India juga, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa
berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama
Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan
kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya, raja-raja
Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan
Moghul, Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap
penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang
baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara
sati dan lain-lain lagi. Dalam
hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat melihat
wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat
Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah
mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam
pentadbiran Dinasti Han.
Samisami
Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut. Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara
Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera
Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China
yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah
mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China. Permusuhan
antara orang Islam dengan orang Cina juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati
terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya, pada abad ke-8
Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah mewujudkan permusuhan dengan
orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam
yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758
Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang
menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton.
Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi
juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120,000
hingga 200,000 orang asing telah dibunuh termasuk orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan
ramai orang Islam telah melarikan diri dari Negara China dan berhijrah ke Asia
Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang Islam dengan
penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang
memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme. Orang Islam mendapat
layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati
penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum
Muda ataupun Wahabi di kalangan orang Cina Islam. Rasa tidak puas hati orang
Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa
pemerintahan Dinasti Ching, iaitu Pemberontakan Sinkiang I (1756 Masihi),
Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi),
Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi), pemberontakan Yunan (1850-68
Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi) dan Kebangkitan Sinkiang (1864-77
Masihi). (Azhar Hj. Mad Aros : 2003).
tulis lain keluar lain...jeng pale
ReplyDelete