Friday, 13 April 2012


Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam

Kegemilangan Tamadun Islam amat berkait rapat dengan asas-asas
pembinaannya. Tamadun Islam mempunyai beberapa ciri perbezaan
berbanding dengan tamadun yang lain.
Ciri-ciri Keunikan dan Keistimewaan Islam

Agama melahirkan tamadun

Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari
sebuah agama. Oleh itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini
adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada
konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira
konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.

KEISTIMEWAAN TAMADUN
ISLAM

Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam
Ciri-ciri Keunikan dan Keistimewaan Islam

Peradaban

Peradaban tamadun islam bermukla dengan pembentukan individu Muslim yang
menjalani kehidupan ini dengan penuh penghayatan terhadap ajaran Islam.
 Menerusi pembentukan individu Muslim yang soleh ini akan dapat melahirkan
sebuah institusi kekeluargaan yang juga soleh. Penerusan dalam pembinaan institusi
kekelurgaan yang baik akan dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang juga baik dan
 seterusnya membawa kesejahteraan kepada sesebuah negara.

Ciri-ciri Keunikan dan Keistimewaan Islam

Perkembangan

Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun
yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah
kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep
kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun
Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama
Islam itu sendiri. Ianya dapat merubah kehidupan manusia setempat
kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanafaat.

Konsep al-Ummah

Konsep ini adalah manifestasi dari kesejagatan
agama Islam. Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam
adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya,
bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu
kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.

Asas Pengetahuan

Tamadun Islam berkait rapat dengan kepentingan
konsep ilmu dan proses pembudayaan ilmu. Ini jelas terbukti melalui
penurunan wahyu pertama yang mendorong manusia kearah
pencapaian dan penguasaan ilmu. Pembinaan institusi pendidikan
dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda
pengisian yang utama dalam setiap misi perluasan dan
perkembangan pengaruh Islam.

Faktor Kejayaan Tamadun Islam

1. Faktor kehebatan Islam
2. Kemajuan Ilmu pengetahuan
3. Keutuhan sistem ekonomi Islam
4. Faktor politik

Faktor Kemerosotan Tamadun Islam
1. Fahaman Asabiyah
2. Krisis akhlak pemimpin
3. Peranan ulamak dipinggirkan
4. Serangan tentera salib

Sumbangan Tamadun Islam
Falsafah sains dan teknologi Islam Ia tidak boleh lari dari alQuran dan
mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep dasar dalam Islam. Ia
tidak boleh terpesong daripada konsep tauhid. Falsafah sains dan
teknologi Islam juga diasaskan kepada epistemologi. Ini bermakna ia tidak
boleh meninggalkan pengkajian tentang asasasas kefarduan, natijah dan
persoalan berkaitan dengan sumber2 ilmu dan sifat2 ilmu.

Evolusi sains dan sumbangan kepada tamadun manusia – perkembangan
sains Islam berlaku dalam beberapa peringkat. Pada peringkat awal ia
lebih bercorak penterjemahan karyakarya saintifik dari tamadun lain
seperti Greek, India dan juga Parsi.Antara penterjemah terkemuka ialah
Hunayn bin Ishaq dan Thabit bin Qurrah.






No comments:

Post a Comment