Tuesday, 24 April 2012

Isu-Isu Kontemporari Dunia Islam

Dunia Islam Dalam Perkembangan Semasa

Isu Keganasan

ISLAM yang damai dan Islam yang sejuk nyaman merupakan misi Rasulullah
s.a.w. dalam mengembang dan mencipta kehidupan yang adil di muka burnt, agar
ia tidak dieksploitasi oleh manusia ke atas manusia lain. Walaupun atas nama apa
saja: agama, politik ataupun ideologi tertentu, tujuannya tidak lain agar manusia
kembali pada kesaksian awalnya, iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan
Allah.

Ajaran Islam selalu menawarkan keindahan akhlak, bukan menaburkan onak di
lorong-lorong lebar kemanusiaan. Dalam rahim Islam, janin-janin rahmat itu siap
dilahirkan untuk memberikan kesejukan kepada semesta alam. Peristiwa serangan
bom di Bali memperlihatkan bagaimana jalan kekerasan atau pembunuhan
menjadi misi dan agenda golongan-golongan tertentu bagi mencapai cita-cita dan
matlamat. Lebih tidak adil lagi ialah apabila setiap keganasan yang herlaku itu
dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.Menurut Rasulullah s.a.w, seorang yang beriman adalah orang yang menjaga dengan baik kehidupannya dan juga orang lain dengan aman apabila berada di tangannya (bersifat amanah). Itu tidak lain kerana Islam adalah agama damai.

Al-Quran menyebut jalan ini sebagai jalan keselamatan (al-Maaidah: 16). Ini juga
menunjukkan bahawa rekonsiliasi (ishlah) adalah sebagai jalan terbaik (al-Nisa ;
128) Dan juga ditegaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di
muka bumi (al-Baqarah : 205).Memang di dunia ini apabila disebut perdamaian, ia masih merupakan suatupersoalan vang sangat ilusif. Perbezaan, baik politik ataupun bukan terus ada dan tidak mungkin dihilangkan antara individu, antara kumpulan ataupun antara
muslim dengan muslim yang lain. Jika setiap manusia menolak untuk bersikap
toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan dan memaksakan apa yang
menjadi kehendaknya, maka kedamaian tidak mungkin wujud di dunia ini.


Demikianlah, dengan konflik serta keganasan yang berlaku di merata-rata tempat
di dunia ini. Seseorang yang tidak memiliki rasa toleransi, maka ia bukan manusia
dalam pengertian dan ekspresi yang sebenar. Saat seseorang memuncak kemarahannya pada hal-hal yang dibenci, maka hal itu merupakan bukti nyata daripada kelemahan yang ada dalam dirinya. Memang banyak orang yang tidak mahu mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi. Pada keadaan yang sangat mendesak dan tersepit, keinginan untuk membalas dendam menjadi sangat kuat. Perasaan marah yang disertai reaksi negatif demikian hendaknya dilepas dengar sebebas-bebasnya. Orang yang memiliki cara berfikir demikian akan berada dalam sebuah ilusi, bahawa apa yang dilakukan tidak ada yang melanggar hukum sama sekali.

Pandangan seperti ini sangatlah tidak tepat. Kerana kenyataannya, apabila
kemarahan seseorang memuncak akibat ada hal yang menyerang diri dan
kemahuannya, seharusnya sikap toleransi itu jadikan sebagai prioriti utama.
Sifat manusia yang kebiasaannya berusaha menjelmakan dirinya sebagai
superman. Padahal manusia super adalah mereka yang mampu mengimbangi
sikap toleransi dalam menghadapi situasi paling sulit dan berat.

Di dunia ini kesatuan hanya akan dicapai dengan belajar untuk bersatu dan bukan
belajar berbeza atau pun memaksakan kesatuan tanpa menafi adanya perbezaan.
Untuk menghapuskan semua perbezaan yang ada, tentu merupakan hal yang tidak
mungkin dilakukan. Rahsia pencapaian kedamaian dalam keludupan adalah
toleransi terhadap adanya perpaduan atas kedamaian itu sendiri.
Agama, sebagaimana difahami dalam ajaran Islam, secara dasar adalah tindakan
yang menampakkan kecintaan kepada Allah dan keinginan agar umat manusia
menjadi baik.

Mengapa demikian? Sebab Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan
kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.
Termasuk dalam hal beragama, Allah tidak memaksa manusia, sebaliknya
berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak?

Kemerdekaan yang dikurniakan Allah itu sebenarnya juga merupakan bahagian
daripada rahmat-Nya, di mana manusia benar-benar diberi kebebasan untuk
memilih jalan taat atau mengingkari agama yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Cuma kalau umat Islam kadang-kadang menunjukkan sikap keras dan garang, itu
lebih banyak disebabkan oleh adanya pengkhianatan daripada pihak luar. Atau
mungkin juga kerana banyak orang luar daripada Islam telah melakukan hal-hal yang tidak benar dalam menyebarkan agama. Misalnya, mendekati umat lain dengan menggunakan cara-cara yang tidak adil, dan tidak beretika seperti mengadakan kegiatan sosial tapi hanya sebagai alat untuk merampas iman orang lain.

Untuk menghindarkan umat beragama daripada bersikap fanatik, maka diperlukan
pendewasaan sikap dan tingkah laku keagamaan, melalui peningkatan
pemahaman agama secara luas dan benar.

Ertinya, pemahaman agama harus dilakukan tidak hanya daripada satu sisi, tapi
dari pelbagai sisi, sehingga dapat menunjukan wajah agama secara utuh iaitu
agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan
rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan umat manusia, baik umat yang
seagama mahupun bukan se agama.

Isu Barat

Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan
ini timbul khususnya selepas setengah abad tamatnya Perang Dunia Kedua,
negara-negara Islam terpaksa menanggung beban yang berat akibat daripada
kemelut dan konflik yang melanda dunia dan melibatkan umat Islam sejak itu.

Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah,
pengorbanan fizikal dan psikologi malah dipaksa melalui saat-saat yang amat
memalukan serta hina yang menggugat maruah dan kredibiliti mereka sebagai
ummah dan sekali gus manusia.
Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di
Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Sementara secara tidak langsung kesan pencabulan ini dapat dirasakan di hampir kesemua Negara Islam.


Hampir kesemua negara Islam sama ada sedar atau tidak, terpaksa berterima kasih
kepada kuasa Barat sebelum mereka memperoleh kebebasan untuk merdeka dan
mengurus negara mereka sendiri. Hampir boleh dikatakan semua negara Islam
yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.


Kemerdekaan mereka bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam
Barat. Sebaik sahaja Barat terancam, pasti Barat akan melakukan sesuatu untuk
mencegahnya.

Kebebasan bersyarat yang mereka peroleh itu terpaksa mengorbankan bukan
sahaja nyawa, malah banyak perkara termasuk tanah, harta, budaya, dan harga diri
umat Islam. Jika disetujui oleh Barat, maka akan lebih senanglah mereka merdeka
dan menguruskan negara mereka sendiri.

Tetapi jika sebaliknya, perjalanan negara berkenaan untuk mengembalikan
maruah dan hak mereka terpaksa berlanjutan dan beranjau seperti yang berlaku di
Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa negara lain. Apa yang membezakan
keadaan ini di negara Islam lain ialah tahap kegawatan di negara masing-masing
dan sejauh mana Barat berasa terancam.

Di sesetengah negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam
pelbagai bentuk untuk memastikan mereka terus terikat dengan sistem yang
diakui dan direstui oleh Barat. Pelbagai cara dilakukan Barat dan yang paling
ketara menggunakan manipulasi sistem politik dan ekonomi dunia yang mereka ciptakan.


Ini boleh dibuktikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijadikan alat mencapai agenda
hegemoni berterusan mereka.

Amat malang kepada kita apabila sistem ini tidak boleh mereka pakai, seperti
yang berlaku di Iraq baru-baru ini, sistem diketepikan dan mereka tetap dengan
agenda buruk yang tersirat itu dengan cara mengetepikan PBB dan bertindak
secara unilateral.

Di Turki umpamanya, umat Islam disyaratkan secara tidak langsung mengubah
berat sebelah Islamik mereka sebelum ini kepada sekularisme dan membolehkan
kerajaan pimpinan Mustafa Kamal Attartuk memerintah atas nama merdeka tetapi
berterusan diikat oleh Barat sehingga kini dalam apa juga tindak-tanduknya
kecuali dalam perkara yang tidak bertentangan dengan kepentingan Barat.

Hakikat ini mudah kita fahami bila melihat secara umumnya Turki dan
masyarakatnya lebih kebaratan berbanding sebelumnya. Keahlian Turki, satusatunya
negara majoriti penduduknya Islam dalam NATO juga boleh dijadikan
bukti jelas hakikat ini.

Cuma sejak akhir-akhir ini kebangkitan semangat Islam itu dapat dilihat tetapi
Turki masih dilihat amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman
Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.
Namun kita harus bersyukur dan berasa amat bertuah kerana kebijaksanaan dan
pemikiran strategik pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan


kita, walaupun diikat dengan syarat-syarat tertentu secara langsung atau tidak;
memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957; mempertahankan
kemerdekaan, membangunkan negara kita ke tahap yang ada; dan yang lebih
penting secara paling berkesan mengelak Malaysia dijajah secara tidak langsung.
Kebolehan para pemimpin negara dalam mengawal dan mengatasi kegawatan
politik, ekonomi dan kewangan membolehkan kita mengekalkan kemerdekaan
kita.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang
merdeka. Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan
kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada di samping berusaha
mempertingkatkan usaha ke arah menguatkan negara dan ummah setanding
dengan Barat. (Mohd. Roslan Mohd. Salaudin dalam Islam Hadhari: Himpunan
Isu Kontemporari, 2005)

Isu Perpaduan Dunia Islam

Negara-negara Islam ini ada yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak
dan gas. Bagaimanapun kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negaranegara
Islam dalam menentukan arus dan arah politik dunia hari ini. Secara umum
mereka berada dalam keadaan yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan demikian, antaranya ada pengaruh dan cengkaman Barat ke atas
mereka, kesatuan dan perpaduan yang lemah, kepimpinan yang tidak sehaluan
dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.
Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia

sesama manusia bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara,
termasuk juga hubungan antarabangsa. Dalam konteks ini Islam meletakkan hak
dan tanggungjawab seseorang. Bagaimanapun dalam Islam tidak ada 'kebebasan
mutlak'. Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak
nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan
pihakbukan Islam. Ini telah ditunjukkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
dan dalam hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran. Islam
membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.

Bahkan dengan kebenaran tersebut Islam memberi jaminan keselamatan ketika
mereka berada dalam negara Islam. Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan
mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing.
Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan ke atas sesiapa pun kecuali
dengan perintah ketua negara dan oleh sebab-sebab yang sahih seperti
mempertahankan diri. Dalam pada itu terdapat peraturan yang mesti dipatuhi
seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanakkanak
dan perempuan. Orang yang terkorban hendaklah dihormati. Tidak
dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.

Rumah ibadat tidak boleh diceroboh. Bahkan ketika Nabi memasuki Kota Mekah,
jaminan keselamatan telah diberikan. Jika dalam keadaan peperangan pihak
musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif
seruan 'perdamaian'.

Tidak ada sebuah negara di dunia ini yang boleh hidup dan maju tanpa
mempunyai hubungan dengan negara lain. Ini ialah satu kenyataan dan bukan andaian kerana tidak ada sebuah negara di dunia ini yang mempunyai segala-gala
sehingga tidak memerlukan dunia luar.

Dalam hubungan ini prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni ialah suatu
matlamat dalam hidup bermasyarakat, iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab
dan pada masa yang sama menghormati hak-hak individu, masyarakat dan negara.
Dalam hubungan sedemikian kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap
orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri. Sikap prejudis
Barat terhadap Islam sangat jelas. Sikap demikian berlaku disebabkan antara lain
tidak ada kefahaman yang betul tentang Islam dan kesan daripada Perang Salib
yang telah berlaku antara Islam dengan Kristian.

Negara-negara Islam digolongkan dalam kumpulan negara tidak membangun
dengan mempunyai masalah domestik yang tersendiri seperti kemiskinan, buta
huruf yang tinggi, pengangguran dan taraf hidup yang rendah. Senarai data 20
negara terbaik tidak terdapat nama negara Islam kecuali Malaysia. Ini
mencerminkan betapa ketinggalan dan mundur sesetengah negara-negara Islam.

Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah
tingkah laku manusia. Undang-undang ialah sesuatu halangan atau pencegahan
yang bersifat luaran yang tidak mengambil faktor dalaman diri manusia. Moral
atau akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah, akhlak
yang tinggi berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama yang betul.

Neraca moral seperti keadilan, persamaan, toleransi terhadap kemanusiaan,
menolak diskriminasi, persahabatan sejagat tanpa mengira fahaman agama dan
bangsa, tidak ekstrem dan agresif tetapi sederhana ialah tuntutan Islam. Dalam
sebuah buku al-Qiyadah wa al-Judiyyahfi al-Islami menghuraikan maksud jihad yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah dengan matlamat untuk meninggikan kalimah Allah dan penyebaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan demikian jihad bagi mereka ialah peperangan, titisan darah, pembunuhan dan tawanan.

Dalam buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan
membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran. Apakah jihad itu terbatas kepada
pertumpahan darah dan adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
s.a.w itu penuh dengan kekerasan dan penyebaran dalam bentuk penyerangan ke
atas lawan? Cara-cara demikian bertentangan dengan sirah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan dan sama sekali tidak
boleh dikaitkan dengan terrorisme. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan
perikemanusiaan. Bagaimanapun ada media lebih suka menghubungkan Islam
dengan keganasan. Imej ini perlu diperbetulkan. Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam, dan ada yang berlanjutan
hingga ke hari ini.


Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau
peperangan dan harta sahaja. Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi
hawa nafsu dan menuntut ilmu. Begitu juga memerangi kejahilan, menghapuskan
kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan ummah, mengajak
kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam. Terdapat kecenderungan
melalui perkembangan semasa yang menghubungkan keganasan dengan Islam
dan penganut Islam, sungguhpun dari segi politik, Barat cuba tidak menunjukkan
sentimen anti-Islam atau orang Islam. Bagaimanapun, prejudis terhadap Islam di
kalangan Barat tetap ada.

Pandangan yang beranggapan Islam mendatangkan 'ancaman' kepada Barat dapat
dilihat dengan mengaitkan reaksi daripada tindakan keganasan yang
dihubungkaitkan dengan orang Islam. Ini ialah pandangan kerajaan dan orang
awam di Barat. Menjadi tugas setiap orang Islam dan kerajaan Islam memberikan
imej yang sebenar tentang Islam dan menghuraikannya. Sebenarnya Islam itu
indah, progresif, mencintai. (Abdul Monir Yaacob, 2005).

Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam


Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia yang
sememangnya menjadi dasar masyarakat dan rakyatnya untuk berbaik-baik antara
kaum di Malaysia dan sejagat. Bertitik tolak daripada pegangan ini, Malaysia
telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali,
mengadakan kerjasama serantau dan memberi sokongan terhadap Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia juga membuat hubungan khas dengan Negaranegara
Anggota Komanwel yang telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan diketuai
oleh Ratu England. Malaysia juga telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsabangsa
Bersatu yang telah ditubuhkan pada tahun 1945 di San Francisco, Amerika
Syarikat. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan antara lain untuk mewujudkan
keamanan dan mengadakan hubungan baik antara negara-negara anggota badan
sedunia itu. Malaysia juga telah mengadakan hubungan khas dengan Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam
negaranya dengan berkesan dan baru-baru ini telah berjaya menangkis serangan
penyangak mata wang dan kegawatan ekonomi. Dalam konteks luar negara,
Malaysia telah mengadakan perdagangan antarabangsa dengan hampir semua
 negara dan mendapat keuntungan yang amat menggalakkan. Ini terbukti apabila
simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika. Pengeluaran dan
pengeksportan kereta Proton Malaysia telah membawa kejayaan luar biasa dari
segi perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Dari segi sosial Malaysia juga telah berjaya memajukan kedudukannya dalam
negara seperti mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan
beragama, pendidikan, kesihatan dan perpaduan. Dalam hubungan luar negara
Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara membangun (Selatan-selatan)
dan juga mengadakan hubungan erat dengan negara membangun terutama
kumpulan G-8. Malaysia juga telah memberikan sumbangan dari segi kewangan
dan bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea,
Somalia, Iraq, Bosnia, Chechnya dan sebagainya. Malaysia juga mengadakan
hubungan dengan kebanyakan negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan
dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan Taiwan). Yang pastinya, orang
Melayu dan bahasa Melayu tetap unggul di Nusantara, bak kata Hang Tuah,
'Tidak Melayu hilang di dunia'. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003:377).

Masa Depan Dunia Islam

Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini sama ada di
Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika bahkan di Eropah dan Benua Barat sendiri.
Istilah Kebangkitan Islam, Kebangunan Islam, Islamic Resurgence, Islamic
Revivalism, Islamic Renaissance atau as-Suhwah al-Islamiah tidak lagi menjadi
istilah yang asing kepada sebahagian besar anggota masyarakat apatah lagi di
kalangan para cendikiawan dan pengkaji perubahan sosial.

Mengikut Chandara Muzaffar dalam bukunya Islamic Resurgence in Malaysia -
Kebangkitan Islam ialah "Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha

menegakkan semula nilai-nilai Islam, mempraktikkan amalan-amalan Islam,
membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan undang-undang
Islam serta mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan setiap
muslim. Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali etika Islam, peraturanperaturan
sosial Islam yang berpaksikan untuk membentuk insan muslim sejati
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Mengikut Dr. Zohair Hussain - "Kebangkitan Islam ialah kembali minat terhadap
syiar dan idea-idea Islam setelah mengalami satu jangka masa yang lesu"

Mengikut Alt E. Hillal Dessouk - Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada
"Peningkatan kegiatan politik atas nama Islam oleh pemerintah atau kumpulan
pembangkang sepertimana yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam di
negara-negara Arab dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Dengan kata lain, kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan
mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan seharian umat
Islam"

Kebangkitan Islam secara umumnya bolehlah dirumuskan sebagai tumbuhnya
kesedaran Islam yang semakin merata serta bersifat global, bertambahnya tekad
serta kesungguhan umat untuk menghayati ajaran Islam semuanya dalam semua
aspek kehidupan.

Sebagai maklumat kepada anda, terdapat dua perkataan lagi yang ada kaitannya
dengan Kebangkitan Islam, iaitu Tajdid dan Islah; (i) Tajdid yang bererti -
perubahan pemikiran umat ke arah memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Perkataan di atas terdapat di dalam hadis Rasulullah s. a.w. yang
bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap-tiap
seratus tahun, bagi umat (Islam) ini seorang Mujadid yang
membaharui agama umatnya"

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam. Para ulama
bersetuju meletakkan Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz. Mujadid
abad kedua ialah Iman Syafie. Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari. Mujadid
abad keempat ialah Imam al-Baqilani. Mujadid abad kelima ialah Iman al-
Ghazali. Seterusnya setiap abad akan ada Mujadid seumpama mereka.

Islah bererti - memperbaiki sesuatu yang sudah rosak. Maksud Islah boleh
dicapai melalui dua proses: Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan
dasar dan ajaran Islam dalam masyarakat Islam. Membanteras penyelewengan
yang berlaku, melindungi kesucian agama Islam dan mempertahankan
kesejahteraan umat.

Perkataan Islah terdapat di dalam al-Quran, firman Allah Taala

Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana
fikiran kamu, jika Aku berdasarkan Bukti Yang nyata dari
Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai
pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam diri dari
melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan
sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku
hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan
tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan
Dengan pertolongan Allah. kepada Allah jualah Aku berserah diri
dan kepadaNyalah Aku kembali. (Surah Hud:88)

Kedua-dua istilah di atas sama ada Tajdid atau Islah adalah sesuatu usaha warisan
Rasulullah s. a.w. yang perlu diteruskan atas dasar menyeru kepada makruf dan mencegah daripada mungkar. Justeru itu menjadi tanggungjawab setiap individumuslim dalam memupuk  suasana Kebangkitan Islam hari ini melalui Tajdid dan Islah.

Sejarah Kebangkitan Islam
Tahap pertama - Zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin.
Sebelum diutuskan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai rasul, seluruh dunia
dicengkam oleh kegelapan jahiliah. Manusia tenggelam dalam arus kesesatan,
kezaliman yang menggerunkan. Mercka teraba-raba dalam kegelapan tanpa
cahaya iman yang boleh memandu mereka, ajaran nabi dan rasul dahulu telah
lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsiran. Di tengah-tengah suasana itulah
Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat
manusia.

Seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan
membawa perubahan yang menyeluruh, meninggikan kehidupan masyarakat,
menegakkan keadilan dan mencapai kehidupan yang bernaung di bawah undang undang
Allah Taala.
Begitulah juga zaman Khulafa' al-Rasyidin dan diteruskan pula pada zaman
Umayyah dan Abasiah. Pada peringkat ini Islam memainkan peranan penting
dalam membangkitkan kesedaran ummah.


Tahap kedua - Zaman membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan
unsur khurafat, tahyul dan bidaah.Zaman ini bermula dari lahimya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791) di Arab Saudi. Gerakan ini berusaha menumpaskan penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang
banyak mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah. Di antara amalan
yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para wall dan keramat.

Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan tukang
tenung dan sebagainya. Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan
Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya.
Perjuangan gerakan Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam
dalam bentuk yang mumi, banyak dicontohi oleh gerakan Islah yang lain.

Di Libya - lahir gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad
Alt al-Sanusi yang berusaha keras menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam
yang sebenarnya. Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika,
terutamanya di Magrib dan Sudan.

Di Mesir - gerakan yang berperanan menyedarkan masyarakat ialah gerakan Pan
Islamisme di bawah pimpinan Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897). Beliau juga
berjuang menghadapi imperialisma Barat di Afghanistan. Bagi Jamaludin al-
Afghani, penjajahan Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam.
Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi malapetaka ini. Program
refomasinya telah diteruskan oleh tokoh-tokoh lain seperti Muhamad Abduh
(1849 - 1905), dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India - muncul gerakan menyedarkan masyarakat yang dipimpin oleh Syah
Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703). Beliau merupakan tokoh Mujadid dan
pemikir Islam yang begitu berpengaruh. Fikrah dan sumbangan beliau bersifat
sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.

Kebangkitan Islam pada tahap kedua juga berlaku di negara-negara umat Islam
yang lain seperti di Tanah Melayu dan Indonesia.

Tahap ketiga - Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideology-ideologi
bukan Islam

Kebangkitan ini adalah lanjutan dari perjuangan tokoh-tokoh tahap kedua.
Kebangkitan pada tahap ini adalah atas kesedaran umat Islam untuk menjadikan
Islam sebagai dasar dan panduan hidup secara menyeluruh. Kecenderungan untuk
menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menentang segala bentuk ideologi
perosak telah membawa kepada wujudnya berbagai gerakan dakwah.


Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul dan berperanan di zaman ini ialah:
Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)
Jamiat al-Islam (Pakistan)
Gerakan al-Nur (Turki)
Gerakan Hamas (Palestin)
Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)
Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin
Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna.
Gerakan ini berkembang pesat di antara 1930-40an. Setelah memasuki arena
politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir
terutama dalam kebangkitan semangat kebangsaan yang berlaku di antara akhir
perang dunia dengan kekuasaan pemerintah tentera Mesir. Gerakan Ikhwan al-
Muslimin bukanlah gerakan dakwah kepartian yang sempit dan bukan sekadar
berkembang di negara Mesir sahaja, tetapi ia tersebar ke negara-negara Arab yang
lain seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima
tujuan utama iatu:
·         Memperbaiki individu
·         Memperbaiki keluarga
·         Memelihara umat
·         Menentang penjajah
·         Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah as-Syahid Hassan al-Banna,
Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan lain-lain lagi.

Sumbangan terhadap kebangkitan Islam
Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20 ini.
Gerakan ini banyak memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain
kerana:
·         Ikhwan al-Muslimin adalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan
menyeluruh. Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.
·         Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin
yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati
masyarakat dunia. Peristiwa tersebut juga turut memberi semangat kepada
pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan perjuangan penuh dengan
tribulasi.
·         Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah)
daripada anggota Dewan al-Muslimin. Sekembalinya ke tanah air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan. Sehingga hari ini, di mana-mana sahajaapabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam maka nama Iman Hassan
al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan

Ditubuhkan pada tahun 1941, di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam
tahun sebelum wujudnya negara Pakistan. Sebaik sahaja ditubuhkan negara
Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan
al-Qur'an dan Hadis. Tujuan perjuangannya adalah untuk menghidupkan agama
yang suci dan meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan hukum yang
terkandung dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya dalam kehidupan individu
dan masyarakat Pakistan. Gerakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari
beberapa kumpulan aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti
golongan Qadiani, kumpulan Ingkar Sunnah dan golongan yang kagum dengan
tamadun Barat.

Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:

·         Perjuangan seluruh manusia dan umat Islam khususnya agar menyembah Allah
dan jangan syirikkan Allah.
·         Dakwah kepada setiap individu bagi melahirkan rasa redha dengan Islam
sebagai ad-Din dan hendaklah membersihkan din mereka daripada ciri-ciri nifaq
dan kegiatan yang bertentangan dengan Islam.
·         Dakwah ini adalah untuk semua, iaitu hendaklah mereka menyuarakan kebaikan
secara umum terhadap pemerintah agar melaksanakan Islam dalam
pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v  Adanya tekanan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam dalam bidang politik,
ketenteraan, dan ekonomi.

Politik dan ketenteraan - berlaku pembunuhan dan penafian hak wilayah orang
Islam. Contoh: Serangan tentera Russia ke atas negara umat Islam Chechnya
kerana tidak mengiktiraf kemerdekaan Chechnya. Setelah hampir dua tahun
serangan dilakukan dengan tentera berjumlah 39 000 orang, Moscow masih
belum dapat mengalahkan 7 000 orang tentera Islam Chechnya. Penindasan
berterusan ke atas umat Islam Bosnia, Palastin, Kashmir, dan lain-lain tempat.
Penafian hak memilih kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Algeria, parti Islam
FIS (Front of Islam Salvation) telah memenangi pilihan raya umum pertama tetapi
telah dibatalkan oleh regim tentera yang disokong oleh Perancis dan negaranegara
Barat yang lain.

Ekonomi - Negara-negara Islam dari negara-negara Barat, sentiasa
menghadapi tekanan ekonomi dalam berbagai bentuk, sama ada sekatan ekonomi
atau mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi negara Islam. Contoh: PBB
(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas
Iraq sejak tahun 1992 lagi. Akibatnya ribuan rakyat Iraq menderita terutamanya
kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan. Peristiwa di atas
telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit merubah nasib mereka,
melalui penghayatan semula Islam.

v  Kegagalan Western Dissolution oleh kebanyakan pemimpin Islam yang ditaja
oleh Barat. Contoh: Negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Sudan, dan lain-lain
negara termasuk Malaysia pernah ditadbirkan oleh pemimpin sekular model barat
selepas peperangan dunia pertama. Mereka gagal membawa perubahan yang
bermakna kepada masyarakat Islam. Ini memberi bukti kukuh, bahawa negara
negara Islam tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan formula yang
asing daripada Islam.

v  Kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. Contoh: Revolusi Islam
Iran dibawah pimpinan Ayatullah Khomeini yang berjaya menumbangkan Shah
Iran pada tahun 1979. Kemenangan Parti Islam FIS di Algeria yang memenangi
188 daripada 232 kemsi yang dipertandingkan.
Peristiwa di atas telah memberi kesedaran dan keyakinan bahawa Islam mampu
menjadi mekanisme yang membangkitkan semangat rakyat menentang proses
pembaratan.

v  Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini Contoh:
Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh
pihak Serbia. Serangan tentera bersekutu ke atas Iraq yang telah mengorbankan
beratus ribu kanak-kanak Iraq. Serangan Tel-Aviv ke atas Selatan Lubnan.
Hikmat di sebalik peristiwa yang berlaku telah mendorong umat Islam di negaranegara
Islam yang lain kembali kepada kehidupan beragama. Peristiwa diatas
tidak diberi perhatian dan tindakan sewajar oleh PBB. Keadaan tersebut menjadi
salah satu faktor yang menyemarakkan lagi kesedaran umat Islam untuk bersatu
memperjuangkan Islam.

v  Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa Contoh: Gerakan
Ikhwan al-Muslimin, Jamiat al Islami, Pertubuhan Dakwah Antarabangsa seperti
World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan International Islami federation
of Student Organisation (IFSO) memberi saham yang besar dalam mencorakkan
suasana kebangkitan Islam hari ini. Golongan terbesar dalam pertubuhan ini ialah terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi. Pengaruhnya bukan sahaja di dunia
Islam, bahkan menjangkau benua Eropah, Amerika dan Timur Jauh. Gerakan
Islam berperanan sebagai pendesak kepada pemerintah supaya menubuhkan
institusi ekonomi Islam dan melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran
negara

Kesimpulan
Faktor-faktor di atas adalah di antara faktor yang membawa kepada kebangkitan
Islam masa kini. Walaubagaimanapun faktor yang tidak boleh dinafikan
kepentingannya ialah faktor agama Islam itu sendiri. Islam sebagai al-Din yang
diwahyukan oleh Allah, mempunyai sifat dan ciri-ciri dinamikannya yang sangat
unit jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Segala yang terkandung di
dalam ajarannya mendorong pendukung-pendukung gerakan Islam berjuang
untuk mencetuskan suasana kebangkitan Islam hari ini.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam
Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini boleh dinilai berdasarkan kepada faktorfaktor
berikut:
(i) Pertambahan umat Islam.
Senario positif daripada kebangkitan Islam yang paling ketara ialah pertambahan
umat Islam di serata dunia termasuk di Eropah. Menurut Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2000 masyarakat Islam dijangka akan
menjadi satu perempat dari penduduk dunia bersamaan 1.5 bilion. Senario yang
sama juga boleh dilihat di negara-negara Benua Barat. Umat Islam di negara
tersebut bukan sahaja bertambah dari segi bilangannya, tetapi telah bangkit
sebagai sebuah negara yang berasingan daripada pemerintahan komunis.

(ii) Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek
     kehidupan. Kesedaran untuk mengamalkan Islam sama ada individu atau negara
walaupun mendapat tentangan pihak pemerintah dan pihak Barat. Contoh:
Kesanggupan pelajar wanita Islam di Perancis berhenti meneruskan pengajian
mereka demi mempertahankan pemakaian hijab (pakaian menutup aurat). Negara
Sudan di bawah pemerintahan Hassan al-Turabi turut melaksanakan syariat Islam.
Beliau bersedia menerima kecaman pihak Barat dan negara-negara Arab yang lain
     semata-mata mahu membangunkan negara mengikut syariat Islam.

iii) Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi
     berjihad ke jalan Allah

Sepanjang sejarah Islam sentiasa ada tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam
yang bersedia mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama Islam.
Contoh: Perjuangan tentera Mujahiddin di Afghanistan, Perjuangan tentera
Chechen di Chechnya, Perjuangan gerakan Hamas di Palestin dan lain-lain tempat
di segenap pelusuk dunia Islam.

(iv) Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam
terutamanya pihak Barat

Kesimpulan
Kebangkitan semula Islam hari ini, telah memperlihatkan banyak kesan dan
perubahan. Selain daripada pertambahan bilangan penganutnya, kesan yang
paling ketara ialah bertambah mendalam sikap prejudis Barat terhadap umat
Islam. Semenjak runtuhnya empayar Soviet Union menjadikan Barat kehilangan
saingan. Justeru itu mereka telah meletakan Islam sebagai saingan dan pencabar
baru tamadun Barat.

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam
Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada
mereka. Justeru itu mereka melakukan berbagai bentuk perancangan untuk
membantut kebangkitan Islam.

Secara ringkas ada lima sebab utama:
(i) Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun yang mempunyai sejarah
kegemilangan melampaui sejarah tamadun Barat. Tamadun lain seperti India dan
     China tidak mempunyai keagungan berbanding tamadun Islam.
(ii) Penentangan umat Islam terhadap usaha penjajahan yang dilakukan oleh
     Barat. Termasuklah usaha mengembangkan ideologi Kapitalis-Liberal sebagai
     nilai universal. Pertentangan Barat dengan Islam lebih mirip kepada pertentangan
     antara ideologi dengan aqidah.
(iii) Kepentigan Geo-Politik - Geo-politik yang dimaksudkan ialah kedudukan
      negara-negara Islam yang strategik. Kebanyakan negara-negara Islam adalah
      terletak di kawasan Rimland - pesisir pantai. Selain itu negara-negara Islam juga
     menguasai jalan yang menghubungi Heartland dengan Rimland. Contohnya
     Balkan, Caucasio dan Central Asia serta jalan laut terpenting seperti Teluk Parsi,
     Laut Merah, Selat Melaka, selat Sunda dan terusan Suez.
(iv) Kepentigan Geo-Ekonomi - Kelebihan negara-negara Islam dari segi
     geokonomi. Sebagai contoh simpanan minyak banyak dimiliki oleh negara-negara
     Islam.
  (v) Propaganda Zionisma - Sejak berakhir perang dingin, Israel memperkuatkan
       lagi propagandanya memburuk-burukkan gerakan Islam. Contohnya: Sidang
       kemuncak Damai yanag berlangsung di Sharm El-Sheikh pada 13 Mac 1996
       mengumpul para pemimpin daripada 27 negara bertujuan untuk mempertegaskan
       komitmen mempertahankan "Proses Damai" di Asia Barat. Di antara beberapa
       keputusan yang telah diambil ialah usaha memerangi keganasan yang digelar
       Fundamentalis. Fundamentalis yang dimaksudkan di sini ialah kelompok Islam
       seperti kumpulan Hizbullah dan kumpulan Hamas yang menentang regim
       Yahudi. Propaganda Zionis dilakukan melalui tiga cara iaitu:
(a) Melalui penulisan akedemik
(b) Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika
(c) Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat
Reaksi yang ditunjukkan oleh Barat amat negatif sekali, ini dapat dilihat dalam
berbagai bentuk seperti berikut:

v  Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada mana-mana logik Barat
sebagai fundamentalis (mengikut perspektif Barat ialah pelampau agama),
militan, terrorist yang menaja kegiatan pengganas antarabangsa. Contoh:
Mengistiharkan Sudan sebagai pusat latihan pengganas. Tindakan menangkap dan
mempenjarakan Syeikh Umar Abdel Rahman seorang ulama tua dan buta dengan
alasan sebagai pencetus keganasan di Amerika.
v  Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa. Contoh:
Semasa perang telok, serangan Amerika dan tentera bersekutu telah mencabul hak
kemanusiaan di mana ribuan wanita dan kanak-kanak Iraq dibunuh dan
kemudahan awam dihancurkan. Menaja Perjanjian Dayton yang lebih memihak kepada pengganas Serbia. Perjanjian damai Arab Israel yang dimenterikan pada
September 1993 lebih memihak kepada Israel.
v  Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam.
Contoh: Sokongan barat terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarrak yang sanggup
memerangi dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Mesir. Kesediaan pihak
British memberi perlindungan kepada Salman Rushdi, penulis novel The Satanic
Verses.
v  Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata untuk melemahkan negara
Islam daripada terus bangkit. Seperti apa yang dikenakan ke atas Iraq, Libya, dan
Bosnia.
v  Memonopoli sumber kekayaan negara Islam. Contoh: Merancang beberapa
strategi untuk terus menguasai minyak di rantau Teluk. Di antaranya Britain telah
sengaja mencari jalan supaya harga minyak jatuh di kalangan negara-negara
OPEC dengan cara enggan bekerjasama mengurangkan bekalan minyak mentah
di pasaran. Kesan daripada itu harga minyak mentah di 13 negara OPEC jatuh
dalam pasaran minyak dunia. Kempen anti kayu tropika di Asia Tenggara kayu tropika. Di Amerika, Kelab Sierra telah menyediakan senarai bagi negaranegara
yang patut diboikot. Mereka mengatakan bahawa penebangan pokok akan
menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Indonesia merupakan pengeluar kertas
terbesar telah membatalkan penebangan 850,000 hektar hutan bagi mengelakan
isu-isu negatif ekoran pengharaman pengimpotan kayu oleh negara Barat. Secara
tidak langsung mengakibatkan kejatuhan harga tempatan dan harga eksport.
v  Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam
negeri dan peringkat antarabangsa. Contoh: Sikap Barat dalam menangani
sengketa antara Armenia dan Arzabaijan lebih memihak kepada
Armenia.Armenia menerima US800juta dari Washington, sedangkan Arzabaijan
menerima hanya sebanyak US30 juta. Selain bantuan kewangan, Armenia juga
menerima bekalan senjata daripada pihak luar.
v  Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang
boleh menghina Islam Contoh: Kes perkahwinan Sarah-Musa yang disifatkan
sebagai satu pelanggaran hak asasi dan kebajikan kanak-kanak Britain.


Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat
(i) Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. Pada anggapan orangorang
Kristian, Islam dikatakan agama ciptaan orang-orang Arab yang diciplak
daripada agama Kristian dan Yahudi, Islam dikatakan menyeleweng daripada
agama asal, dan perlu ditentang. Selain daripada itu penentangan mereka jelas
terbukti dalam sejarah perang Salib, sejarah kolonialisme dan emperialisme.
Hakikat permusuhan mereka terhadap Islam di jelaskan oleh Allah dalam
firmanNya

Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali
akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga
Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi
Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu. (Surah al Baqarah:120)

(ii) Memperbaiki imej Islam
Dua pendekatan digunakan bagi menangkis reaksi negatif Barat. Pendekatan
pertama menerusi penerangan - mendedahkan segala bentuk-bentuk propaganda
Barat. Pendekatan kedua umat Islam perlu mempamerkan keupayaan dan
kebolehan dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata pepatah Inggeris "Action
speaks louder than words". Tonjolkan Islam bukan sahaja sekadar agama bersifat
moral, tetapi juga agama yang bercorak praktis dan maju.

(iii) Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.
Walaupun dunia Islam hari ini dikatakan zaman kebangkitan, namum masih lagi
tunduk kepada kuasa Barat. Sebahagian daripada negara-negara Islam terpaksa
bergantung kepada bantuan ekonomi, ketenteraan dan senjata dari Barat. Sebagai
contoh, Kuwait atau keluarga al-Sabah banyak mendapat perlindungan dari
Amerika. Beliau terpaksa tunduk kepada dasar yang ditentukan oleh Amerika dan
sekutunya.

(iv) Membangunkan negara mengikut kaedah Islam
Umat Islam hari tidak boleh sekadar berbangga dengan pencapaian umat Islam
silam, kerana pencapaian mereka sudah jauh meninggalkan kita. Justeru itu umat
Islam mestilah bekerja keras untuk merealisasikan kaedah-kaedah Islam dalam
kontek pembangunan negara supaya masyarakat dunia dapat melihat kewibawaan
Islam dan sekaligus mengikis segala tanggapan negatif Barat.

Kebangkitan Islam Di Malaysia
Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat:
(i) Peringkat pertama Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan
yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka, Pasai, Perlak, Aceh dan lain-lain
serta disokong oleh mubaligh Islam telah menimbulkan satu kesedaran baru di

kalangan penduduk setempat. Islam telah mampu merubah jiwa dan watak
masyarakat Melayu menjadi lebih bertamadun, cinta kepada ilmu pengetahuan
dan hidup lebih bersistem.

Di antara perubahan yang telah dibawa oleh Islam:
1. Aspek kepercayaan dan pemikiran - kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
membawa perubahan yang paling hebat kepada kepecayaan dan pemikiran
masyarakat Melayu. Penekanan Islam kepada Rukun Iman dan Rukun Islam
sebagai pokok ajaran telah berjaya mengantikan kepercayaan Hinduisma dan
Animisma. Islam juga menekankan unsur-unsur rasional dalam ajarannya, seperti
suruhan supaya berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu.
2. Aspek sosio-budaya - Islam berjaya mengikis unsur-unsur Hindu dalam
masyarakat Melayu, seperti perhambaan, kezaliman dan kasta kepada persamaan
taraf, keadilan sosial yang menyentuh tentang hak dan tanggungjawab sesama
manusia. Aspek kesenian kesusasteraan dan berpakaian telah bertukar kepada ala
Islam
3. Aspek politik dan pemerintahan - banyak unsur politik dan pemerintahan Islam
telah mempengaruhi politik masyarakat Melayu. Di antaranya konsep raja dalam
agama Hindu bertukar kepada sultan sebagai pemerintah dalam Islam. Undangundang
Islam juga berjaya mempengaruhi undang-undang negara pada masa itu
seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
4. Aspek ekonomi - Islam turut merubah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu.
Contohnya kebendaan bukanlah matlamat utama dalam kegiatan ekonomi
mereka, tetapi akhirat menjadi matlamat akhir. Kegiatan ekonomi berlandaskan
kepada hukum halal dan haram dan menekankan unsur-unsur kebajikan serta
mengelakkan penipuan.

Kedatangan Islam dengan proses Islamisasinya berjaya mewujudkan kebangkitan
Islam di peringkat awal di Tanah Melayu.
(ii) Peringkat kedua - Semasa penjajahan Barat
Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah
British pada abad ke-18. Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris.
Termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu
semakin lupa pada agama. Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam banyak
bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.
Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk
mewujudkan gerakan refomasi di Tanah Melayu. Pada peringat awal gerakan ini
dipimpin oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi
suasana kebangkitan Islam di sana. Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi,
Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz
Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.
Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua
bidang iaitu melalui pendidikan dan penulisan.
i. Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama
(madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al-Mashur (1919) di pulau
Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di
Kelantan dan lain-lain lagi. Manakala institusi pondok banyak didirikan di Pantai
Timur dan utara Tanah Melayu.

ii. Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-
Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad
Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus
Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan (1926) dan majalah
Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh Majlis Agama
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam
mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.
Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya:
Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan
kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union).
Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam aspek politik
dan ekonomi.

(iii) Peringkat ketiga — di era kemerdekaan Tanah Melayu
Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan
munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris.
Golongan ini banyak menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka.
Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim
Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato'
Onn, dan Tungku Abdul Rahman. Perjuangan mereka lebih kepada mengubah
masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan
British ialah Hizbul al-Muslimin. Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik
ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir.
Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal tahun
1950 pertubuhan ini telah diharamkan. Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia
pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.
Selepas merdeka, Tanah Melayu terus dipimpin oleh golongan elit cendikiawan
Melayu yang berpendidikan sekular. Kepimpinan tokoh-tokoh ini telah
melemahkan semangat keislaman kerana kegairahan mereka untuk
membangunkan negara mengikut model Barat.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalahmasalah
sosial menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada
Islam.Kesedaran ini muncul di kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan
para belia.

(iv) Peringat keempat Tahun 1970-an sehingga kini
Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak
memberi kesan kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara. Semenjak
tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan
yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam di Malaysia.
Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia
Kebangkitan Islam terpaksa menghadapi banyak cabaran, sama ada cabaran
dalaman atau luaran. Berikut di antara cabaran yang sentiasa menggugat proses
kebangkitan Islam di Malaysia kini.

(i) Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan
tarekat yang menyeleweng dikalangan umat Islam, sehingga menimbulkan kekacauan kepada akidah dan pemikiran masyarakat. Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya tersendiri. Di Johor terdapat ajaran Taslim Kadirunyahya, Naqsabadiah, Mufridiah, ajaran Abu Bakar Bapu dan lain-lain. Mereka bergerak di bawah label tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka.
Kini terdapat penyelewengan lain seperti aliran anti Hadis, ajaran Syiah, dan
amalan nikah Mutaah. Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran kepada
kebangkitan Islam kerana menggugat akidah, amalan dan sikap hidup mereka
tambahan pula gerakan mereka ini dilakukan secara sulit dan amat sukar dikesan.

(ii) Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah
berjalan begitu lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan
mereka terhadap Islam masih tebal. Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang
Melayu sahaja. Segala kelemahan dan keburukan orang Melayu memberi
gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Selain itu masyarakat Non-Muslim di Malaysia secara terang-terangan menolak
proses Islamisasi yang dilakukan oleh kerajaan. Di antara tindakan mereka ialah
menubuhkan Majlis Perundingan Agama-Agama (Buddha, Kristian, Hindu dan
Sikh) pada bulan Ogos 1983. Pada 14 Januari 1986 tertubuhnya The Chiristian
Federation of Malaysia (CEFM) yang menyatukan pelbagai aliran dan mazhab
Kristian dalam satu persatuan. Pertubuhan ini bertujuan mengimbangi suasana
kebangkitan Islam di Malaysia.

(iii) Perpecahan di kalangan umat Islam - perpecahan ini membantut
perkembangan dakwah di negara ini.

(iv) Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar. Kemasukan
budaya liar mengakibatkan gejala sosial yang serius terutama di kalangan remaja.
Di Malaysia kebanyakan golongan remaja mengamalkan cara hidup hedonistik
dan terlibat dalam penyakit sosial seperti dadah, disko, sex bebas dan budaya
hidup liar.

(v) Pengaruh idelogi Barat - umat Islam hari ini masih lagi didominasi oleh
ideologi Barat, terutama sekali dalam sosio-budaya mereka.

(vi) Perkembangan teknologi telekomunikasi - hari ini terdapat berbagai teknologi
telekomunikasi yang canggih seperti Intenet, parabola, media elektronik dan lainlain.
Pelbagai gejala negatif akan menyeruap masuk melalui media ini dan tentu
sekali sukar untuk dibendung oleh mana-mana gerakan dakwah. Realitinya kita
melihat media hari ini lebih menonjolkan hiburan dengan mempamerkan tokohtokoh
penghibur tempatan dan luar yang menjadi kegilaan masyarakat kita.
Sedangkan Rancangan berbentuk agama yang menampilkan tokoh-tokoh
cendikiawan Islam dikesampingkan.

Langkah-langkah dan Strategi
(i) Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan
keyakinan kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala
bentuk cabaran. Sama ada cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang
oleh musuh-musuh Islam.

(ii) Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan
merupakan langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah
silam telah membuktikan bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat
dicapai melalui kegigihan mempelajari, mengkaji dan menyelidik dalam pelbagai bidang ilmu. Sistem pendidikan juga hendaklah bersepadu dan perlu diadakan
usaha-usaha ke arah pengislaman ilmu.

(iii) Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi
menjaga keutuhan umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan
berpuak-puak dalam masyarakat. Perpecahan akan memudahkan pihak musuh
menghancurkan Islam.

(iv) Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya
berperanan? Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam
dan seluruh umat Islam mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk
menangkis serangan jahat musuh Islam.


v  Pemerintah mempunyai kekuasaan dan kemampuan dalam melaksanakan
tanggungjawab untuk mengatasi segala cabaran.
v  Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan menyeru kepada kebenaran serta
pemberi petunjuk kepada umat manusia ke jalan yang benar. Ulama amat penting
membina genarasi Islam supaya sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan
v  Islam.
Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama dalam membina masyarakat
bukannya menghabiskan masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri.
v  Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah, ulama, dan
gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam. Masing-masing mempertingkatkan
keimanan supaya mampu menghadapi serangan dan dakyah daripada musuhmusuh
Islam.

Kebangkitan Islam sekarang ini tidak memadai dengan semangat semata-mata,
tetapi hendahlah diiringi dengan ilmu pengetahuan, perancangan dan
kebijaksanaan. Cabaran besar ini hendaklah dipikul oleh semua pihak sama ada
pemerintah, cendikiawan atau ulama, gerakan-gerakan Islam dan semua individu
muslim mengikut keupayaan masing-masing.









No comments:

Post a Comment