Friday, 9 March 2012

TAMADUN ISLAM



Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.


DEFINISI TAMADUN ISLAM 
Bahasa Arab  
1. Badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah – randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan , serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan abgi memenuhi keperluan hidup 
2. Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti ‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu  keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa
3. Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami’ 
4. Maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian). 

Bahasa Inggeris
1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.

Bahasa Melayu
1. peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang   ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994. Kuala Lumpur: DBP.
2. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.


DEFINISI TAMADUN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al–umran dan al– hadarah
dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat  atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Abu Nasir al – Farabi
Telah memperkenalkan istilah al–Madaniah dalam abad ke–11 Masihi dalam kitabnya as–Siyasah
al–Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.


 DEFINISI TAMADUN MENURUT PERSPEKTIF BARAT  
E.B Taylor 
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat

Arnold Toynbee
Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni.

J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.


SUMBER TAMADUN ISLAM 
Al-Quran
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan
  sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah.  Tiada syak dan ragu-ragu
   terhadapnya.
• Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
  1. Al-Kitab
  2. Al-Furqan
  3. Al-Zikr
  4. Al-Tanzil
  5. Al-Mushaf
Ijma’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan Al-Hadis.
• Contoh dalil :

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

Qiyas 
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari
  segi ‘illah.
• Dalil :

 “Maka ambilah (kejadian itu) untk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.”(Al-Hasyr:2)


KANDUNGAN TAMADUN ISLAM

Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:
a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan


CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 

Amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan penulisan.

Edward L.Farmer
  • revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial,
  • amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi 
  • teknologi dan pengenalan sistem tulisan.  

M.A.J. Beg
  • Penyebaran teknologi pertanian 
  • Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad 
  • Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek kemunculan bandar dan negeri. 
  • Hubungan sosial yang baik. 
  • Kewujudan sistem pengairan. 
  • Teknologi tembaga dan besi 
  • Sistem penulisan.  

Ibnu Khaldun  
  • Agama yang lebih tinggi 
  • Sistem perundangan yang teratur 
  • Sistem negara yang teratur. 
  • Sistem tulisan yang mantap. 
  • Bentuk seni yang jelas. 

Jurzi Zaydan 
  • memberi perhatian  kepada pemerintahan Islam termasuklah sistem pentadbirannya, 
  • bandar-bandar Islam      
  • susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi. 
  • perkembangan ilmu sains dan pendidikan yang tinggi. 
  • bangunan-bangunan yang mempunyaiciri Islam dan kesenian Islam yang halus.  
  • Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. 
  • Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan kemantapan ekonomi. 

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
BIDANG MATEMATIK
Abu Bakar Hussien Al-Karkhi 
↬ Menulis dalam bidang algebra, aritmetik dan geometri.

Al-Khawarizmi 
↬Bapa Algebra, merupakan seorang ahli matematik dan astronomi.
↬Banyak karya beliau yang terkenal di Barat,antaranya : 

  1.     Mufatih al-Ulum
  2.     Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind 
  3.     Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

Al-Battani
↬ Ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang         
     pertama.
↬ Berjaya menghitung waktu yang digunakan bumi untuk mengelilingi matahari.
               

BIDANG ASTRONOMI
↬ Banyak karya-karya para ilmuwan Islam tentang ilmu astronomi telah diterjemahkan oleh beberapa
     individu  kepada bahasa lain seperti:

  1. karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi ( diterjemah kepada bahasa Latin oleh of Bath dan John of Siville)
  2. karya al-Battani ( diterjemahkan kepada bahasa Latin oleh Alfonso X).

 ↬ Ibn al-Zarqiyali telah berjaya menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
      menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.


BIDANG BOTANI
↬ Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah
     menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.

Ibn al-Baytaryang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis
    dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
  • Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah



BIDANG FALSAFAH & PEMIKIRAN 
⊜ Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan  akal.

⊜ Ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu RusydAl-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu
    Maskawaih, dan Ibnu Sina.

Al-Farabi
  • Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism).


Al-Kind
Tujuh perkara penting yang dibincangkan:-
  1. Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam.
  2. Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi.
  3. Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan.
  4. Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas.
  5. Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi.
  6. Manusia bersifat dualism,kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
  7. Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.



BIDANG PERUBATAN
♂ Tamadun Islam telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang farmasi. Ia telah memperkenalkan
    kaedah-kaedah rebusan,pendebuaan,basuhan, campuran,larutan salap,penyulingan,kalsinasi,
    pensublimatan untuk menyediakan ubat-ubatan.

♂ Tokoh Islam yang penting dalam bidang ini ialah :-
    a) Ibnu Sina   
  • Merupakan pakar perubatan,sains,falsafah,muzik, matematik,puisi dan kaji bintang.
  • Menghasilkan karya Al –Qanun fi al – Tibb.
  • Menemui gejala penyakit diabetes.

    b) Al-Zahrawi
  • Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan.
  • Menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga.
  • Orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia dan menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.





No comments:

Post a Comment