Friday 9 March 2012

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN LAIN

CARA PERTEMBUNGAN

Perdagangan dan Perniagaan
Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi satu alat utama pertembungan Islam dengan tamadun lain. Seawal abad ke-7 masihi, orang Islam telah menetap di Canton,China dan membolehkan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun China

Hubungan Diplomatik 
Salah satu cara orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup,cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Kumpulan peneroka islam telah berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kawasan seperti Cordova, Valencia dan Rhoda. Ini telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam tentang cara hidup, pandangan politik, keagamaan ekonomi dan pentadbiran.

Penaklukan dan Ketenteraan
Bagi meluaskan kawasan dan penyebaran Islam, kesemua kerajaan Islam telah membentuk ekspedisi ketenteraan Apabila Islam menguasai Iraq dan Iran, Islam telah bertembung dengan Parsi.Kedua-dua tamadun ini saling mempengaruhi. Berlakulah interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain yang diakibatkan oleh penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluk kawasan Mesir dan Afrika Utara, Islam bertembung dengan tamadun Eropah terutama tamadun Rom,iaitu empayar Byzantine.

Kebudayaan 
Perluasan kuasa membawa kepada pertembungan kebudayaan. Seperti di Sepanyol, bahasa arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa Kerajaan Umaiyah berpusat di Cordova. Lahir golongan Mozarah Orang Tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual  
Berlaku antara cendekiawan Islam dengan bukan Islam. Penyebaran Islam di Eropah bukan sahaja membolehkan pedagang Islam berdagang di Eropah malah membawa keuntungan kepada para intelek Islam. Ilmuwan Islam telah berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun eropah serta memperkembangkan lagi ilmu tersebut menurut pandangan intelektual Islam.

KESAN PERTEMBUNGAN

Sudut Keagamaan
Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka yang di bawah taklukannya. Membawa satu nilai akidah yang amat penting iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T.

Sistem Perundangan
Berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya. Mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi Cendekiawan islam seperti al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi telah menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang undang-undang dan pemikiran politik Hasil tulisan ini telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang islam dan dunia Barat.

Perluasan Kawasan
Penyebaran Islam Dari segi politik: Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam Dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India. Kerajaan islam tidak wujud di China tetapi telah mewujudkan masyarakat Islam yang kekal sehingga hari ini. Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat dan sistem berasaskan akidah dan syariah walaupun sistem pemerintahannya berbeza.

Penguasaan Ekonomi Umat Islam
Islam Perdagangan lebih berkesan Memastikan keselamatan laluan perdagangan di kawasan naungannya. Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah,Laut Mediterranian dan Laut Hindi Kawasan pusat ekonomi Islam meliputi kawasan seperti Aden,Siraf,Basra,Iskandariah dan Istanbul Berjaya berdagang ke kawasan India,Ceylon,Kepulauan Melayu dan China di sebelah Timur. Di sebelah Barat pula seperti di Sepanyol,selatan perancis,Armenia, dan kawasan gurun sahara di benua Afrika. Semasa zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan,sesuai dengan kedudukan strategik sebagai jambatan di antara dunia Timur dan dunia Barat. Menguasai perdagangan Laut Merah, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan

Proses Urbanisasi Dan Organisasi Sosial
Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan kepada pendidikan berbentuk agama,sains,matematik dan teknologi. Mempengaruhi cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Pengaruh ini berterusan kepada orang Eropah sehingga ke pertengahan zaman Renaissance .

Proses Perkembangan Penterjemahan
Membolehkan pertukaran pendapat di kalangan cendekiawan Islam dengan bukan islam Pada peringkat awal, cendekiawan Islam menekankan kepada proses pengumpulan maklumat dan teks penulisan para cendekiawan daripada tamadun zaman sebelumnya. Kebanyakan penterjemahan daripada hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Plato, Galen dan Hipocrates. Dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakaan(Baitulhikmah) yang ditubuh oleh Khalifah Harun Al-Rasyid semasa zaman kerajaan Abbasiyah Membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam

Perkembangan Intelektual Orang Islam
Zaman kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abad kelapan hingga zaman keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M. Berlangsung hampir 5 abad yang merupakan satu-satunya zaman era sejarah yang gemilang. Melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan.

Kesenian Islam
Dari segi seni bina: Masjid Cordova di Sepanyol Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul Istana Alhambra di Granada Memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaaaan tauhid dan akidah.

Kesusasteraan Islam 
Antara penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia termasuklah: Omar Khayyam ( Ruba’iyah ), Al-Jahiz ( Kitab Al-Bayan ) Jalal ad-Din Rumi ( puisi bertema ketuhanan ) Pemuisi wanita yang terkemuka ialah Rabiah’ al-Adawiyah yang banyak menghasilkan puisi bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.

Pelayaran dan Pengembaraan
Semasa zaman kemuncak, ramai cendekiawan Islam mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan. Antara pengembara terkenal ialah Ibn Battuta yang mengembara ke China, India dan Afrika. Catatan yang dibuat oleh Ibn Battuta sepanjang penerokaannya amat dihargai oleh sejarawan dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya. Pengembara lain yang terkenal ialah al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, India, dan Timur Afrika

Pengaruh kepada kehidupan masyarakat Eropah
Mempengaruhi dari aspek pemikiran,sistem politik dan sosial. Membawa masyarakat Eropah keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah seterusnya.

8 comments:

  1. Bole sy twu..??prtmbngan tmdun ini dpt dri sumber mna.?? Sy sdng uat xsgment n nk twu sumber

    ReplyDelete
  2. I am anonymous

    ReplyDelete
  3. Saya Nak Tanya Kenapa Dalam INI Tidak Ada Senarai Soalan Ilmu Perubatan Dan Politik....

    ReplyDelete
  4. Bukan apa yang saya cari. Tq

    ReplyDelete
  5. good thankyou so much sis 😘

    ReplyDelete
  6. not bad lah.and bole dipakai dlm teks sejarah f5.

    ReplyDelete